Filem Seindah Kasih The Movie Di Tonton

Filem Seindah Kasih The Movie Di Tonton

Saksikan filem original Seindah Kasih The Movie yang akan menemui penonton pada 12 April 2023, bersiaran mulai hari Rabu dan seterusnya yang mana ianya akan ditayangkan menerusi platform web watch.tonton.com.my dan aplikasi Tonton.

Untuk dapatkan akses penuh Tonton, anda boleh langgan dengan harga promosi RM9.90 sebulan. Tapi untuk filem ini, anda boleh saksikan secara percuma sahaja.

Filem yang dibawakan sempena tema Ramadan dan Aidilfitri daripada Media Prima Bhd iaitu 'Seindah Kasih' ini merupakan terbitan syarikat produksi Lumatic Film Sdn. Bhd., diarahkan bersama oleh Nik Amir Mustapha dan Ariff Zulkarnain dengan nukilan skrip daripada Hadi M. Nor.

OST Filem

Tajuk Lagu : Seindah Kasih
Artis : Aqman Ramdan & Bil Musa
Komposer : Bil Musa, Kirin Saadon & Amsyar Razqa
Penulis Lirik : Bil Musa & Amsyar Razqa

Sinopsis Filem Seindah Kasih The Movie

Filem Seindah Kasih The Movie menampilkan barisan pelakon seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Siti Saleha, Shasha Abedul, Anas Ridzuan, Luqman Hafidz, Mubarak Majid, Faleeq, Zain Hamid, Zaidi Omar, Fabian Loo, Sri Idrina dan ramai lagi.

  • Syafiq Kyle sebagai Nazmi
  • Mimi Lana sebagai Alia
  • Siti Saleha sebagai Sharifah
  • Shasha Abedul sebagai Nina
  • Anas Ridzuan sebagai Jamal
  • Luqman Hafidz sebagai Khairul

Ianya mengisahkan tentang kehidupan pekerjaan enam orang watak sebagai kakitangan Media Prima di dalam tiga kisah penceritaan yang berbeza.

Kesemua karakter yang ditonjolkan kepada penonton adalah untuk memaparkan bagaimana para pekerja di sektor media menjalankan setiap tugasan mereka bagi menyajikan infomasi dan hiburan.

Jalan penceritaan yang berbeza bagi kempen tahun ini bakal memaparkan tentang krisis perhubungan keenam-enam watak tersebut dalam kesibukan bekerja semasa bulan Ramadan.

Nazmi iaitu seorang wartawan akhbar, telah mengutarakan rasa tidak puas hatinya terhadap Alia, pekerja bahagian Digital. Di unit TV pula, Sharifah menggalas tanggungjawab sebagai seorang penerbit, tetapi amat bergantung kepada pembantunya, Nina.

Di konti radio pula, Jamal merupakan seorang DJ radio yang telah menempa nama sebagai duo komedi bersama rakannya, Khairul, namun pergaduhan antara duo ini tercetus apabila mereka berdua mula bergaduh sewaktu bersiaran ke udara.

Filem Seindah Kasih The Movie Di Tonton

Filem Seindah Kasih The Movie Di Tonton

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post