Siaran Langsung Live Negeri Sembilan vs PIB Shah Alam Piala FA 2023

Siaran Langsung Live Negeri Sembilan vs PIB Shah Alam Piala FA 2023

Aksi hari kedua Piala FA 2023 untuk pusingan 16 terbaik diteruskan lagi dengan empat perlawanan berbaki dan salah satunya adalah pertemuan antara Negeri Sembilan FC dan PIB Shah Alam FC yang mana akan berlangsung pada 15 April 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi.

Dalam pusingan 16 ini, format pertandingan adalah kalah mati. Ini bermakna pasukan yang menang akan mara ke pusingan seterusnya iaitu Suku Akhir dan tiada perlawanan timbal balik. Jika tiada pemenang dapat ditentukan dalam tempoh waktu sebenar, ianya akan berlanjutan ke masa tambahan dan sehinggalah ke penentuan sepakan penalti.

Negeri Sembilan akan melayan kunjungan sebuah pasukan amatur dari Liga M2 iaitu PIB Shah Alam yang telah mendapat 'Bye' pada pusingan pertama sekali gus terus ke pusingan kedua setelah cabutan undian yang dibuat pada Februari lalu.

PIB Shah Alam antara empat pasukan yang berjaya mara sehingga ke pusingan ini disamping kelab lain iaitu Melaka, Manjung City dan Imigresen. Adakah akan ada antara pasukan ini yang berjaya membuat kejutan menewaskan pasukan daripada Liga Super?

Untuk rekod, Negeri Sembilan pernah berjaya layak ke final Piala FA Malaysia sebanyak dua kali dan dengan itu juga, mereka memenangi kesemuanya sekali gelaran juara iaitu pada tahun 2003 dan kali terakhir pada tahun 2010.

Untuk PIB Shah Alam, pencapaian terbaik dalam kejohanan ini adalah pada tahun 2019 apabila berjaya mara sehingga ke pusingan kedua apabila bermula daripada peringkat kelayakan lagi. Tahun 2013, mereka kembali dan sampai ke tahap yang sama dan adakah mereka mampu untuk meleburkan rekod lama mereka tersebut?

Pemenang untuk perlawanan ini nanti akan bertemu antara pasukan Selangor dan Sri Pahang di peringkat Suku Akhir. Pertembungan pasukan tersebut juga akan berlangsung pada hari dan waktu yang sama iaitu bertempat di Stadium Bandaraya Petaling Jaya di Selangor.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Perlawanan ini mungkin berpihak kepada tuan rumah selaku pasukan yang berada di liga tahap yang lebih tinggi berbanding pasukan lawan yang juga sebuah pasukan amatur. Walaupun begitu, apa-apa kebarangkalian boleh berlaku dalam bola sepak.

Jadi Negeri Sembilan seharusnya mengambil kesempatan terutamanya bermain di halaman dan di depan penyokong sendiri ini. Penyokong juga perlu hadir beramai-ramai bagi memberikan sorakan yang padu kepada pemain yang beraksi di atas padang bagi memberikan semangat untuk menumpaskan lawan.

Kini anda sudah boleh mula dapatkan tiket masuk yang dijual secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan harga RM15 untuk tiket terbuka dan RM30 untuk tiket berbumbung. Tiket fizikal juga boleh dibeli pada hari perlawanan iaitu dijual di kaunter tiket Zon C dan Grandstand.

Siaran Langsung Piala FA 2023 Negeri Sembilan vs PIB Shah Alam

Bagi yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, jangan risau! Perlawanan ini turut juga disiarkan di kaca tv secara langsung iaitu menerusi saluran tambahan Astro Arena 4 808 atau boleh juga tonton secara online di astrogo.astro.com.my

Bukan itu sahaja, anda juga boleh live streaming perlawanan ini iaitu menerusi platform web sooka.my atau di aplikasi Sooka. Anda boleh langgan untuk perlawanan ini sahaja dengan harga RM4.90 atau buat langganan secara bulanan dengan harga RM28.90 untuk tonton kesemua perlawanan Liga Malaysia.

Jadual Dan Keputusan Negeri Sembilan vs PIB Shah Alam Piala FA 2023

Berikut merupakan jadual pertemuan antara Negeri Sembilan FC vs PIB Shah Alam FC untuk aksi Piala FA 2023 pusingan 16 yang mana ianya akan berlangsung pada 15 April ini, hari Sabtu dengan waktu sepak mula pada pukul 10.00 malam bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman.

Manakala untuk keputusan pula, hanya akan dikemaskini sejurus tamat perlawanan yang berlangsung pada malam tersebut.

15 April 2023 (Sabtu)

FT : Negeri Sembilan (2) - (0) PIB Shah Alam

  • Casagrande 52'
  • Shahrel Fikri 81'

*Negeri Sembilan berjaya mara ke Suku Akhir bertemu Selangor

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Tuanku Abdul Rahman
Tayangan : Arena Bola 4 808
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Negeri Sembilan vs PIB Shah Alam Piala FA 2023"