Telefilem Challenge Accepted Di Astro Ria

Telefilem Challenge Accepted Di Astro Ria

Saksikan telefilem Challenge Accepted yang akan menemui penonton pada 28 April 2023, Raya Ketuju, bersiaran pada hari Jumaat, jam 10.00 pagi menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga tonton secara online di astrogo.astro.com.my.

Telefilem khas sempena Aidilfitri ini merupakan terbitan syarikat produksi Regalio Connexion, diarahkan oleh Hadith Omar dengan nukilan skrip daripada tuan pengarah sendiri.

Sinopsis Telefilem Challenge Accepted

Telefilem Challenge Accepted menampilkan barisan pelakon seperti Ryan Bakery, Erysha Emyra, Faris Nabil, Shasha Nadira dan ramai lagi.

  • Ryan Bakery sebagai Jeff
  • Erysha Emyra sebagai Fatimah
  • Shasha Nadira sebagai Layla
  • Faris Nabil sebagai Aaron

Ianya mengisahkan tentang seorang gadis Berpudah yang bernama Fatimah yang menjadi viral apabila telah muncul dalam video "Prank" dirakam oleh conten creator terkenal iaitu Jeff.

Disebabkan perkara tersebut, ianya telah memakan dirinya, Jeff apabila dikecam satu Malaysia. Akhirnya peminat telah mencabar Jeff tersebut untuk mencari dan berkenalan sehingga membuat fatimah jatuh hati kepadanya, tetapi mampukah Jeff berbuat demikian?

Telefilem Challenge Accepted Di Astro Ria

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post