Telefilem Raya Tahun Depan Di TV3

Telefilem Raya Tahun Depan Di TV3

Saksikan telefilem Raya Tahun Depan yang akan menemui penonton pada 2 April 2023, bersiaran pada hari Ahad jam 9.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my

Telefilem khas Ramadan ini merupakan terbitan syarikat produksi Country & Universal Sdn Bhd., diarahkan oleh Yeop Hitler dengan nukilan skrip daripada Pouvin dan Tommy Loh

Sinopsis Telefilem Raya Tahun Depan

Telefilem Raya Tahun Depan menampilkan barisan pelakon seperti Tiz Zaqyah, Azrel Ismail, Syazwan Zulkifly, Qistina Raisah, Aisyah Monetta, Anne Abdullah, Nur Damia Danisha, Alynn Techen dan ramai lagi.

  • Aisyah Monetta sebagai Gimbo
  • Tiz Zaqyah sebagai Mama Murni
  • Syazwan Zulkifly sebagai Matchu
  • Azrel Ismail sebagai Papa Shuib
  • Qistina Raisah sebagai Lili
  • Nur Damia Danisha sebagai Amy

Ianya mengisahkan tentang Gimbo yang seringkali dimanjakan oleh ibunya. Pada suatu hari, ada seorang budak perempuan bernama Amy telah berpindah ke kawasan perumahannya tapi Gimbo tidak menyukai budak tersebut kerana sombong dan berlagak.

Amy gemar bergaya dan boros membelanja tanpa mengetahui abangnya mempunyai masalah kewangan dan sudah dibuang kerja.

Pada satu hari, rumahnya dimasuki pencuri, disebabkan itu, dia telah jatuh pengsan dan dipindahkan secara 'time travel' ke tahun hadapan untuk beraya penuh mewah bersama keluarga baru.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post