Telefilem Rumah Cinta Kasih Di TV1

Telefilem Rumah Cinta Kasih Di TV1

Saksikan telefilem Rumah Cinta Kasih yang akan menemui penonton pada 1 April 2023, bersiaran pada hari Sabtu jam 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem khas sempena Ramadan yang diilhamkan oleh Hafiz Shafie dan Raisz Ahmad ini merupakan terbitan syarikat produksi Rastech World Wide Sdn. Bhd., diarahkan oleh Hafiz Shafie dengan nukilan skrip bersama daripada Farah Alya, Farah Bani dan Raisz Ahmad.

Telefilem Rumah Cinta Kasih

Telefilem Rumah Cinta Kasih menampilkan barisan pelakon seperti Hadi Putra, Sharonizam Noor, Dayang Areeda, Intan Syuhada Mohsan, Kuna Muzani dan ramai lagi.

  • Sahronizam sebagai Ayah Chik
  • Dayang Areeda sebagai Maria
  • Intan Syuhada Mohsan sebagai Aina
  • Hadi Putra sebagai Adam
  • Kuna Muzani sebagai Kaseh

Ianya mengisahkan sebuah rumah anak yatim yang diberi nama 'Rumah Cinta Kasih. Rumah ini dibina oleh Ayah Chik sempena lambang kasih sayang untuk isterinya Kaseh.

Akan tetapi Ayah Chik mengambil keputusan untuk menutup dan lelong rumah anak yatim ini berikutan masalah silap urus kewangan. Penghuni asal, Adam dan Aina cuba membantu Ayah Chik.

Berjayakah Ayah Chik bersama Adam dan Aina menyelamatkan Rumah Cinta Kasih dari dilelong?

Telefilem Rumah Cinta Kasih Di TV1

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Rumah Cinta Kasih Di TV1"