Aplikasi Viu Kini Tersedia Di Astro Ultra Box (Percuma Akaun Premium Secara 3 Bulan)

Dapatkan akses Viu Premium secara percuma 3 bulan untuk pengguna Astro Ultra Box

Nampaknya sudah banyak aplikasi yang kini tersedia dan siap dipasang secara rasmi menerusi Astro Ultra Box dan terbaru adalah antara aplikasi yang ditunggu ramai iaitu Viu.

Untuk peminat kandungan dari Korea seperti kdrama, filem dan variety program, Viu adalah tempatnya. Disini tersedia banyak pilihan untuk anda saksikan sama ada secara berepisod yang disiarkan setiap minggu atau filem yang boleh ditonton secara on demand.

Kalau sebelum ini, pengguna Astro khususnya jika ingin menonton di Viu, mereka hanya ada pilihan sama ada tonton di laptop menerui laman web www.viu.com atau di aplikasi smartphone. Kini mereka ada pilihan untuk menonton di skrin yang lebih besar iaitu di kaca tv.

Dengan pengenalan aplikasi terbaru ini di Ultra Box, Astro mengumumkan dimana semua pengguna kotak dekoder tersebut akan mendapat akses secara percuma Viu Premium untuk tempoh 3 bulan iaitu sehingga 8 Jun 2023.

Jadi untuk melayakkan anda mendapatkan tawaran ini, anda terlebih dahulu perlu aktifkan akaun Viu yang disambungkan menerusi Astro di aplikasi tersebut menerusi Astro Ultra Box.

Cara Aktifkan Akaun Viu Di Ultra Box Dan Dapatkan Akses Akaun Premium 3 Bulan Percuma

Jadi jika anda aktifkan lebih awal, anda boleh nikmatinya pun lebih awal. Kerana ianya bukan bermula pada tarikh anda dapat akses Viu, tetapi bermula pada 9 Mac 2023 lagi.

Terlebih dahulu, sebelum anda dapatkan akses percuma akaun premium ini, anda perlu daftar akaun Viu dahulu di www.viu.com dan pilih 'Daftar Akaun'. Ikut arahan sehingga selesai.

Untuk info, akaun permulaan ini adalah akaun 'Basic' dimana anda tidak boleh akses banyak kandungan VIP serta akan ada iklan dalam cerita yang anda tonton tersebut. Untuk dapatkan full access serta tanpa gangguan iklan, anda kena langgan akaun premium.

Jadi untuk tempoh 3 bulan ini, anda tidak perlu langgan lagi kerana Astro belanja anda akaun premium secara percuma sahaja. Nak tahu caranya, boleh tengok cara dibawah:

  1. Anda buka Astro Ultra Box anda dan tekan 'Home'
  2. Pergi pada bahagian 'Apps' dan cari aplikasi Viu
  3. Kemudian pada menu bar sebelah kiri, pilih 'Padankan Akaun' dan akan dipaparkan 6 digit kod
  4. Seterusnya, masuk semula ke website www.viu.com dan log in terlebih dahulu. Dah siap, pergi pada bahagian menu bar dan pilih 'Gabungkan TV Anda'
  5. Masukkan kod 6 digit yang dipaparkan pada tv anda tadi pada ruangan yang disediakan.
  6. Lepas tu secara automatik boleh tonton Viu di TV

Untuk pengetahuan anda, syarat untuk menonton Viu di TV mestilah mempunyai akaun Premium. Jika anda menggunakan akaun Bacis, hanya boleh dibuka menerusi web atau aplikasi sahaja.

Dengan emel yang sama juga, anda boleh gunakan pada peranti lain seperti di smartphone, tablet, laptop dan sebagainya. Anda boleh pasangkan sehingga 5 peranti dalam masa yang sama. Taknak tengok di tv, boleh tengok di phone je.

Dapatkan akses Viu Premium secara percuma 3 bulan untuk pengguna Astro Ultra Box

Viu

Viu merupakan video streaming service yang menawarkan kandungan yang menarik daripada Asia seperti Jepun dan Korea termasuklah daripada Malaysia sendiri.

Selepas ini, anda boleh menikmati rancangan seperti Nenek Bongkok Tiga, Taxi Driver 2, The Secret Romantic Guesthouse, Royal Doctor, Duty After School dan macam-macam lagi.

Jika dlihat senarai aplikasi yang sudah tersedia di Astro Ultra Box, Viu adalah aplikasi yang kesembilan diperkenalkan secara rasmi daripada 10 kesemuanya. Yang terbaru juga diperkenalkan adalah ZEE5.

Jadi tunggu apa lagi, aktifkan sekarang dan sebab Astro dah bagi percuma akaun premium, boleh strim macam-macam lepas ni.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post