Drama Kampung Mat Saleh - Sinopsis Dan Tayangan Di TV3

Drama Kampung Mat Saleh di TV3

Saksikan drama terbaru Kampung Mat Saleh yang akan menemui penonton mulai 18 Mei 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 6.00 petang menerusi slot Sakura di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Selain itu, drama yang bakal menggantikan Sekali Aku Bahagia yang telah tamat pada 17 Mei yang lalu ini juga boleh di strim secara online menerusi platform web www.hotstar.com/my atau aplikasi Disney+ Hotstar dengan melanggan RM54.90 untuk tempoh 3 bulan.

Drama siri 20 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi Country & Universal Sdn. Bhd., diarahkan oleh Hashim Rejab dengan nukilan skrip daripada Azal Ezreen.

Sinopsis Drama Kampung Mat Saleh

Drama Kampung Mat Saleh menampilkan barisan pelakon seperti Aiman Nasir Wynee, Nelissa Nizam, Fathil Dani, Wanns Ahmad, Wanna Ali, Kamarul Eqifshah, Amy Nurtinie, Baelon, Kazar, Ieda Moin, IzzulFaiq, Mazli Razali dan ramai lagi.

  • Aiman Nasir Wynee sebagai Saleh/Faizal
  • Nelissa Nizam sebagai Zana
  • Fathil Dani sebagai Penghulu Ali
  • Wanns Ahmad sebagai Fitri
  • Wanna Ali sebagai Bedah
  • Kamarul Eqifshah Bulat
  • Kazar sebagai Tuan Shakur
  • Ieda Moin sebagai Makcik Restoran

Ianya mengisahkan tentang Faizal yang bekerja sebagai ‘office boy’. Dia juga adalah jejaka yang berasal dari Kelantan. Namun, susuk fizikalnya persis orang Inggeris.

Pada suatu hari, Faizal telah diarahkan oleh bosnya untuk menghantar satu dokumen penting ke negeri Kedah. Penghantaran tersebut perlu dilaksanakan dengan segera. Ini kerana ianya sangat penting.

Namun, dalam perjalanan ke negeri Jelapang Padi tersebut, Faizal terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya. Malang lagi baginya, kepalanya telah terhentak di sebuah batu.

Penghulu kampung yang bernama Ali menjumpai Faizal yang berada dalam keadaan terbaring di tepi sawah. Dia telah memberi bantuan kepada Faizal supaya dia sedarkan diri.

Apabila sedar, Faizal telah lupa ingatan dan jati dirinya. Disebabkan nama juga dia tak ingat, Penghulu Ali memanggilkan Saleh. Bukan itu sahaja, dulu dia bertutur dalam dialek Kelantan dan kini mampu berbahasa Inggeris. Disebabkan itu, Penghulu Ali menganggapnya seorang Mat Saleh.

Penghulu Ali juga membawa Saleh pulang ke rumahnya untuk berubat. Zana, anak perempuan Penghulu Ali, juga membantu saleh untuk menyesuaikan dirinya di kawasan kampung. Apakah yang akan dilalui oleh Saleh di kampung ini?

Drama Kampung Mat Saleh di TV3

Drama Kampung Mat Saleh di TV3

Drama Kampung Mat Saleh di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post