Filem Raya Heist Di Tonton

Filem Raya Heist Di Tonton

Saksikan filem Original Raya Heist yang akan menemui penonton mulai 10 Mei 2023 (raya kesembilan belas), bersiaran pada hari Rabu dan seterusnya secara eksklusif di lama penstriman watch.tonton.com.my dan aplikasi Tonton.

Untuk saksikannya, anda perlu langgan Tonton dengan harga bermula RM9.90 sebulan dan boleh menonton pada bila-bila masa secara berulang-ulang.

Super-telefilem yang diterbitkan sempena Hari Raya ini merupakan terbitan syarikat produksi Razor Edge, diarahkan oleh Dato' Prof Dr. A Razak Mohaideen dengan nukilan skrip daripada Hafiz Abdullah.

Sinopsis Filem Raya Heist

Filem Raya Heist menampilkan barisan pelakon seperti Nora Danish, Hazama, Fad Bocey, Amir Raja Lawak, Aziz M. Osman, Md Salleh, Fiza Halim, Kuna Muzani, Suky San, Kaweng, Atira Karma dan ramai lagi.

  • Nora Danish sebagai Nor
  • Hazama sebagai Dollah
  • Fad Bocey sebagai Borhan
  • Amir Raja Lawak sebagai Amir
  • Aziz M. Osman sebagai Hj. Osman
  • Md Salleh sebagai Agus Bodyguard
  • Fiza Halim sebagai Munah
  • Kuna Muzani sebagai Mak Leha
  • Suky San sebagai Ustaz Hashim

Ianya mengisahkan tentang tiga sekawan yang membesar bersama iaitu Nor, Dollah dan Borhan yang mana mereka telah melalui pelbagai detik bersama termasuklah menjalankan aktiviti nakal seperti mencuri kambing dan hasil tanaman orang kampung. Namun, kehidupan masing-masing telah membawa haluan yang berbeza.

Selepas 25 tahun, mereka telah berjumpa kembali di majlis pengebumian Ustaz Hashim. Hj Osman yang merupakan seorang ahli perniagaan dan orang kaya di kampung itu dipercayai menjadi punca serangan jantung Ustaz Hashim. Dia telah dipercayai menipu bukan sahaja Ustaz Hashim malah ramai lagi orang kampung.

Apabila mendapat tahu punca kematian mentor tersayang itu, rasa marah mula meluap-luap dalam diri Borhan. Dia nekad untuk membalas dendam atas kematian Ustaz Hashim. Walaupun berat hati, Dollah dan Nor juga bersetuju untuk menyertai misi Borhan ini. 

Menurut buah mulut orang kampung, Hj Osman memiliki jongkong-jongkong emas yang disimpan di dalam sebuah peti besi. Emas-emas itulah yang menjadi sasaran Borhan, Dollah dan Nor. Mereka juga mendapat bantuan rakan mereka yang bernama Amir. Amir merupakan seorang pakar gajet.

Menjelangnya malam raya pada setiap tahun, Hj Osman pasti akan menganjurkan sebuah kenduri marhaban di rumahnya. Waktu itulah trio ini bakal menjalankan rompakan mereka.

Mampukah mereka bertiga dengan bantuan Amir berjaya menyelesaikan misi rompakan ini?

Filem Raya Heist Di Tonton

Filem Raya Heist Di Tonton

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post