Kini Lebih Banyak Kandungan Tempatan Malaysia Disediakan Di Prime Video

Kini Lebih Banyak Kandungan Tempatan Malaysia Disediakan Di Prime Video

Nampaknya Amazon dah semakin serius bagi menyediakan kandungan tempatan (local content) di Malaysia apabila kini mereka menyediakan lebih banyak pilihan yang boleh di strim menerusi Prime Video.

Platform penstriman seperti Prime Video sudah lama berada di Malaysia, tetapi pada awal pengenalan, mereka lebih tumpukan kandungan dari luar negara baik filem-filem atau siri hollywood beserta kandugan filem Tamil dan Hindustan.

Sampai orang ramai bagi tahu lah, kalau korang nak layan filem hindustan ke tamil dan kandungan-kandungan luar negara, lebih baik anda langgan Prime Video dan ianya pasti tidak mengecewakan.

Jadi untuk peminat filem hindustan, platform ini memang untuk mereka. Tapi bagaimana pula bagi mereka yang minat kepada filem-filem melayu? Disebabkan ketika itu, tiada kandungan tersebut, mereka hanya langgan di platform penstriman lain seperti Netflix dan Disney+ Hotstar.

Nampaknya kekecewaan itu sepertinya terbalas apabila Prime Video sudah serius untuk kembali menambat hati dan kepercayaan penonton filem-filem tempatan. Kini mereka bukan sahaja ada sediakan 1-2 filem tempatan sahaja, tetapi lebih 30 filem yang disediakan.

Kini Lebih Banyak Kandungan Tempatan Malaysia Disediakan Di Prime Video

Anda kini boleh saksikan filem Desolasi, Adiwiraku, M4M4, Munafik, Leftenan Adnan, KL Gangster, Lelaki Harapan Dunia, Kolumpo dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, filem animasi seperti Upin Ipin, Boboiboy Movie juga turut disediakan.

Selain filem-filem lama, Prime Video turut mendapatkan filem-filem blockbuster terbaru yang sebelum ini pernah pecah panggung iaitu Abang Long Fadil 3, Juang, Remp-It 2 dan banyak lagi. Terbaru mereka akan bawakan filem aksi  Coast Guard Malaysia: Ops Helang pada 8 Jun ini dan filem romantik sci-fi, Imaginur pada 31 Julai depan.

That Cover Girl Prime Video

Tidak cukup dengan itu, Prime Video turut juga menyediakan kandungan Original mereka sendiri. Kini sedang dimainkan manerusi Kelab Rojak dan akan datang akan dibawakan dua lagi iaitu That Cover Girl dan Budak Flat, dimana kedua-dua akan ditayangkan pada tahun ini juga.

Kesemua kandungan hiburan anda anda boleh dapatkan dengan satu langganan sahaja iaitu di platform penstriman Prime Video dengan harga RM25.00 sebulan. Turut disediakan trial selama 7-hari dan anda boleh batalkan pada bila-bila masa sahaja.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post