Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Piala Asia 2023 Qatar

Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Piala Asia 2023 Qatar

Majlis Undian Piala Asia 2023 telah berlangsung di Katara Opera House di Doha pada 11 Mei 2023, hari Khamis yang mana acara tersebut bermula pada pukul 7.00 malam waktu Malaysia.

Dalam acara tersebut, kita dapat ketahui keputusan undian untuk peringkat kumpulan dalam kejohanan empat tahun sekali, Piala Asia AFC 2023 dimana kali ini melibatkan 24 pasukan kesemuanya.

Buat pertama kali dalam sejarah apabila Malaysia telah melayakkan diri ke Piala Asia secara merit dalam tempoh 43 tahun. Kali terakhir ke Piala Asia adalah pada tahun 2007 iaitu selaku tuan rumah bersama; Thailand, Vietnam, Indonesia dan Malaysia.

Jadi edisi kali ini pastinya akan dikenang oleh semua peminat bola sepak tempatan khususnya atas kejayaan yang membanggakan. Kini Harimau Malaya sudah bergerak selangkah ke hadapan apabila bermula bermain di peringkat Asia.

Untuk info, Piala Asia AFC 2023 akan berlangsung dari 12 Januari hingga 10 Februari 2024 dan Qatar akan menjadi tuan rumah untuk edisi ke-18 kali ini bagi menggantikan China.

Undian Peringkat Kumpulan Piala Asia 2023 Qatar

Untuk undian peringkat kumpulan Piala Asia 2023, Malaysia telah diletakkan dalam Balang 4 bersama India, Tajikistan, Thailand, Hong Kong dan Indonesia. Manakala 3 lagi Balang juga diletakkan enam pasukan bagi setiap daripadanya yang terdiri daripada pasukan yang lebih kuat.

Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Piala Asia 2023 Qatar

Pembahagian ini adalah berdasarkan rangking semasa bagi setiap pasukan yang layak bermain di Piala Asia. Balang 1 sudah semestinya merupakan barisan pasukan yang biasa bermain di Piala Dunia dan antara yang terkuat di Piala Asia.

Berikut merupakan keputusan undian yang terdiri daripada 4 pasukan bagi setiap kumpulan iaitu sebanyak 6 kumpulan kesemuanya bagi peringkat kumpulan untuk Piala Asia 2023 Qatar

Kumpulan A

  • Qatar
  • China
  • Tajikistan
  • Lebanon

Kumpulan B

  • Australia
  • Uzbekistan
  • Syria
  • India

Kumpulan C

  • Iran
  • UAE
  • Hong Kong
  • Palestine

Kumpulan D

  • Jepun
  • Indonesia
  • Iraq
  • Vietnam

Kumpulan E

  • Korea Selatan
  • Malaysia
  • Jordan
  • Bahrain

Kumpulan F

  • Saudi Arabia
  • Thailand
  • Kyrgyzstan
  • Oman

Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Piala Asia 2023 Qatar

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post