Telefilem Cinta Hati Ayam Di TV2

Telefilem Cinta Hati Ayam Di TV2

Saksikan telefilem Cinta Hati Ayam (CHA) yang akan menemui penonton semula pada 30 Mei 2023, bersiaran pada hari Selasa, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem romantik komedi yang pernah ditayangkan pada tahun 2021 ini merupakan terbitan syarikat produksi Creative Eve Sdn. Bhd., diarahkan oleh Irwan Rauf dengan nukilan skrip daripada Zuli Ismail.

Sinopsis Telefilem Cinta Hati Ayam

Telefilem Cinta Hati Ayam menampilkan barisan pelakon seperti Ayie Elham, Ara Johari, Catriona Ross, Zarul Husin, Eric Fuzi, Zharif Khan dan ramai lagi.

  • Ayie Elham sebagai Adnan
  • Ara Johari sebagai Acha
  • Catriana Ross sebagai Mak Jami
  • Zarul Husin sebagai Pak Hashim
  • Eric Fuzi sebagai Encik Afiq

Ianya mengisahkan tentang Acha dan Adnan merupakan pasangan kekasih yang bahagia di awal perhubungan. Malangnya cinta mereka putus ditengah jalan. Namun siapa sangka, cinta yang putus akhirnya bertaut kembali di gerai ayam.

Setahun kemudian, kehidupan diteruskan dengan Acha membantu ibunya menjalankan perniagaan menjual ayam segar di pasar. Pada suatu hari mereka dimaklumkan bahawa akan ada penyewa baru di hadapan kedai mereka.

Disini bermulanya konflik, apabila peniaga baru itu adalah ialah bekas kekasih ibu Acha yang juga bapa kepada Adnan. Ibu Acha dan bapa Adnan mempunyai sejarah silam dan telah lama tidak bertegur sapa semenjak ibu Acha meninggalkan bapa Adnan sehari sebelum menikah. Ini telah mengeruhkan lagi keadaan mereka.

Hubungan yang terputus di tengah jalan kembali bertaut di gerai menjual ayam. Jodoh atau kebetulan? Lebih menarik lagi, mereka terpaksa bersaing sengit apabila bapa Adnan juga menjual ayam segar.

Telefilem Cinta Hati Ayam Di TV2

Telefilem Cinta Hati Ayam Di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post