Telefilem Selalu Ada Di TV2

Telefilem Selalu Ada Di TV2

Saksikan telefilem Selalu Ada yang akan menemui penonton mulai 3 Mei 2023, bersiaran setiap hari Rabu pada jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Karya khas yang diterbitkan oleh Ilhmnet Technologi Production dengan arahan Che Mie serta ditulis oleh Amin Masyur ini bakal mengupas setiap inisiatif Kerajaan Negeri yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat Selangor dalam bentuk drama siri.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama Selalu Ada seperti Erra Fazira, Sophia Al Barakbah, Syafie Naswip, Zarul Imran, Dato' Jalaluddin Hassan, Kazar Saisi, Ropie serta penampilan khas daripada Menteri Besar Selangor YAB Dato' Seri Amirudin Shari bersama YB Borhan Aman Shah.

Watak Lakonan

  • Erra Fazira sebagai Dr. Jayyana
  • Sophia Al Barakbah sebagai Jasmine
  • Zarul Imran sebagai Salahuddin
  • Kazar Saisi sebagai Pak Latif

Sinopsis Drama Selalu Ada

Drama Selalu Ada mengisahkan kehidupan cabaran yang ditempuhi tiga sahabat untuk melanjutkan pengajian ke menara gading. Pelbagai kisah yang boleh dijadikan teladan dalam drama ini.

Dalam masa yang sama, menerusi drama ini penonton bakal diberi penerangan secara umumnya berkenaan 43 program yang memanfaatkan semua golongan bermula bayi, anak masuk belajar, golongan dewasa dan warga emas di Selangor.

Telefilem Selalu Ada Di TV2

Telefilem Selalu Ada Di TV2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Selalu Ada Di TV2"