Siaran Langsung Live Streaming Kuching City vs Negeri Sembilan Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming Kuching City vs Negeri Sembilan Liga Super 2023

Kini telah tiba hari terakhir untuk minggu ketiga belas aksi Liga Super 2023 dan antara pasukan yang terlibat adalah Kuching City FC dan Negeri Sembilan FC dimana perlawanan ini akan berlangsung pada 4 Jun 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Negeri di Kuching.

Ini merupakan perlawanan terakhir sebelum pusingan pertama Liga Super 2023 menutup tirai. Selepas ini kesemua pasukan akan bertemu semula untuk pusingan kedua dan bermain sehinggalah pada penghujung musim Disember kelak.

Kuching City kini berada di tangga kedua tercorot liga. Dalam tempoh dua belas perlawanan sebelum ini, mereka hanya mampu menang sekali sahaja dan telah tewas sebanyak sembilan kali dan seri dua kali. Dengan keputusan itu, mereka hanya mampu mengumpul 5 mata sahaja.

Manakala untuk pasukan Negeri Sembilan, kini mereka berada di tangga kelapan. Dalam tempoh perlawanan yang sama, mereka sudah meraih empat kali kemenangan, tiga kali tewas dan lima kali dengan keputusan seri. Dengan itu, pasukan tersebut sudah mengumpul 17 mata.

Kedua-dua pasukan hanya mampu seri pada perlawanan terakhir sebelum ini. Tapi jika dilihat daripada prestasi keseluruhan dengan kedudukan liga, perlawanan ini pastinya berpihak kepada pasukan pelawat bagi meraih mata maksimum.

Tetapi Kuching City mempunyai kelebihan iaitu bermain di halaman sendiri. Mereka akan melayan kunjungan Negeri Sembilan di Stadium Negeri dan dengan kehadiran penyokong, pastinya Kuching City mampu menghadirkan sesuatu.

Jika Kuching City mampu untuk peroleh 3 mata penting dalam perlawanan ini, mereka mampu untuk melonjak ke tangga ke-12. Begitu juga dengan pasukan Negeri Sembilan, mereka juga boleh berada di kedudukan yang lebih baik jika menang perlawanan ini.

Cara Beli Tiket Masuk Stadium

Jadi untuk kedua-dua penyokong terutamanya penyokong tuan rumah, jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke stadium bagi memberikan sokongan yang padu kepada barisan pemain yang beraksi di atas padang, sekali gus menang perlawanan ini.

Dapatkan sekarang tiket masuk yang kini sudah boleh mula dibeli sama ada secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau boleh juga beli tiket fizikal yang dijual di kaunter di perkarangan stadium pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Kuching City vs Negeri Sembilan

Untuk penonton yang berada di rumah, anda boleh saksikan perlawanan Kuching City vs Negeri Sembilan yang akan ditayangkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh live streaming perlawanan ini menerusi platform web di sooka.my atau di aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pek Liga Super 2023 dengan harga bermula RM7.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.

Jadual Dan Keputusan Kuching City vs Negeri Sembilan Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual pertemuan antara Kuching City FC vs Negeri Sembilan FC untuk aksi Liga Super 2023 LS13 yang mana ianya akan berlangsung pada 4 Jun ini, hari Ahad bertempat di Stadium Negeri.

Keputusan pula hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada malam tersebut. Akan dipaparkan jaringan gol beserta senarai penjaring yang terlibat untuk kedua-dua pasukan.

4 Jun 2023 (Ahad)

FT : Kuching City (1) - (1) Negeri Sembilan

  • Zahrul Nizwan 8'
  • Casagrande 34'

Masa : 7.30 Malam
Tempat : Stadium Negeri
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming Kuching City vs Negeri Sembilan Liga Super 2023"