Filem Jemputan Ke Neraka - Sinopsis Dan Tayangan Di Pawagam Mulai 22 Jun Ini

Filem Jemputan Ke Neraka di pawagam

Saksikan filem Jemputan Ke Neraka yang akan menemui penonton, dimana akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 22 Jun 2023 (Khamis) sehingga seterusnya. Jangan terlepas untuk menjadi antara yang terawal untuk menyaksikannya.

Filem seram thriller ini merupakan terbitan syarikat produksi AN Universal Sdn. Bhd., diarahkan oleh Amor Rizan yang juga menghasilkannya menerusi penulisan skrip untuk jalan penceritaan.

Barisan Pelakon

Filem Jemputan Ke Neraka menampilkan barisan pelakon seperti Janna Nick, Sharifah Sakinah, Hafreez Adam, Hariz Hamdan, Nik Syaf, Jasper Supayah, Wafariena Roslan, Alif Hadi, Aleza Shadan dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Janna Nick sebagai Ivy
  • Hafreez Adam sebagai Adam
  • Syarifah Sakinah sebagai Rania
  • Amy Nurtinie sebagai Sofea
  • Nick Syaf sebagai Adam
  • Jasper Supayah sebagai Lisa
  • Alif Hadi sebagai Amar
  • Wafariena Roslan sebagai Salina

Sinopsis Filem Jemputan Ke Neraka

Filem Jemputan Ke Neraka mengisahkan tentang Ivy iaitu seorang kurator balai seni yang mendapat satu kad jemputan ke perkahwinan Lisa; sahabat lamanya dari univeristi.

Ivy memujuk tunangnya iaitu Norman untuk menemaninya ke majlis perkahwinan tersebut. Majlis perkahwinan mewah itu dibuat di sebuah banglo jauh di atas bukit kawasan peranginan yang terasing.

Tiba di sana, Norman bertemu dengan rakan sekolahnya, Rania, Sofea dan Adam semasa bersama-sama di sebuah Sekolah Menengah Elit terkemuka di ibu kota dan kini masing-masing telah mempunyai kerjaya.

Mereka teruja melihat dekorasi konsep perkahwinan taman yang telah disiapkan. Namun mereka berasa hairan kerana tiada sesiapa di situ. Merasakan pengunjung lain masih belum tiba, mereka memutuskan untuk mencari Lisa di dalam banglo.

Kejadian ngeri untuk mereka bermula apabila mereka menjumpai mayat Lisa tergantung dalam sebuah bilik. Mereka panik dan cuba untuk meninggalkan banglo itu, namun kereta mereka tidak mampu dihidupkan.

Hujan lebat ditambah hari yang mulai gelap membuatkan mereka terkandas di banglo itu. sambil merungkai misteri kewujudan gadis bernama Salina. Mereka berhadapan dengan ancaman gelap yang bersembunyi di banglo itu, yang ingin meragut nyawa mereka satu per satu.

Filem Jemputan Ke Neraka di pawagam

Filem Jemputan Ke Neraka di pawagam

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Filem Jemputan Ke Neraka - Sinopsis Dan Tayangan Di Pawagam Mulai 22 Jun Ini"