Filem Kau Pilih Siapa - Sinopsis Dan Tayangan Di Pawagam Mulai 8 Jun Ini
Saksikan filem Kau Pilih Siapa yang akan menemui penonton, dimana akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 8 Jun 2023 (Khamis) sehingga seterusnya. Jangan terlepas untuk menjadi antara yang terawal untuk menyaksikannya.
Filem kekeluargaan yang membawa unsur komedi ini merupakan terbitan syarikat produksi AT Movies, diarahkan bersama oleh Dato Athy dan Saifullah Khaisas dengan nukilan skrip daripada Qawiem Hamizan dan Hanis Ali.
Barisan Pelakon
Filem Kau Pilih Siapa menampilkan barisan pelakon seperti Usop Wilca (Syed Mohamad Asri), Avaa Vanja, Saramaymax, Anas Ridzuan, D'Boy Hamdan, Sathiya, Bohari Ibrahim, Wei Tian Tz, Weera Audadi, Chillex dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Usop Wilcha sebagai Pian C
- Anas Ridzuan sebagai Saiful
Sinopsis Filem Kau Pilih Siapa
Filem Kau Pilih Siapa mengisahkan tentang seorang ketua keluarga bernama Pian C, yang terpaksa berjauhan meninggalkan keluarganya di kampung demi menyara kehidupan.
Pada suatu hari dia terpaksa pulang ke kampung selepas khabar berita bapa angkatnya Pak Kassim iaitu seorang wakil rakyat telah meninggal dunia.
Sebelum meninggal dunia, Pak Kassim meninggalkan wasiat di mana dia mahu Pian C menjadi calon Wakil Rakyat untuk menggantinya. Kemudian penduduk kampung meletakkan harapan yang tinggi untuk Pian C diangkat menjadi wakil rakyat.
Pelbagai ujian dan dugaan yang melanda selepas Pian C pulang kampung, Apakah yang terjadi kepada Pian C seterusnya?
Post a Comment for "Filem Kau Pilih Siapa - Sinopsis Dan Tayangan Di Pawagam Mulai 8 Jun Ini"
Post a Comment