Jadual Malaysia vs Kepulauan Solomon Dan Papua New Guinea Tahun 2023

Jadual Perlawanan Persahabatan Malaysia vs Kepulauan Solomon Dan Papua New Guinea Tahun 2023

Kita lupakan sekejab berkaitan aksi Liga Super dan tumpukan sepenuhnya kearah skuad bola sepak kebangsaan negara iaitu menerusi pasukan Harimau Malaya yang akan mengharungi dua perlawanan persahabatan Tier 1 iaitu bertemu Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea sepanjang kalendar FIFA ini berlangsung.

Malaysia akan berhadapan dengan Kepulauan Solomon terlebih dahulu pada 14 Jun 2023 (Rabu) dan akan bertemu Papua New Guinea untuk perlawanan persahabatan kedua pada 20 Jun depan dan kedua-dua perlawanan akan diadakan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu.

Pertembungan antara Malaysia dan Kepulauan Solomon (Solomon Island) adalah yang kali pertama di peringkat antarabangsa. Jika dilihat dari segi rangking FIFA, kedua-dua berada tidak jauh antara satu sama lain.

Malaysia yang kini berada di tangga ke-138 dalam rangking FIFA. Manakala Kepulauan Solomon berada di kedudukan 4 lebih baik iaitu di tangga ke-134 dunia. Adakah Malaysia mampu untuk mencatatkan kemenangan ke atas pihak lawan yang lebih tinggi rankingnya kali ini?

Kebiasaanya dalam kalendar FIFA, setiap pasukan negara akan bermain sebanyak dua perlawanan. Jadi untuk satu lagi perlawanan yang melibatkan skuad Kim Pan Gon adalah bertemu Papua New Guinea yang mana setakat ini kedua-duanya telah bertemu sebanyak empat kali dan ini pertemuan kali ke-5.

Kali terakhir mereka bertemu adalah pada pada tahun 2016 juga dalam perlawanan persahabatan antarabangsa dan menyaksikan Malaysia menang dengan jaringan dua gol berbalas satu. Untuk rekod keseluruhan, Malaysia hanya pernah tewas sekali sahaja dan menang ketiga-tiga perlawanan tersebut.

Malaysia dan Papua New Guinea masing-masing berada di kedudukan 138 dan 159 dalam rangking FIFA. Ianya sebuah pasukan yang lebih rendah rankingnya daripada pasukan kebangsaan.

Kedua-dua perlawanan ini sangat penting untuk pasukan Malaysia. Disamping mengumpul mata bagi memperbaiki kedudukan rangking FIFA, perlawanan ini juga merupakan persediaan awal yang dibuat oleh Kim Pan Gon bagi menghadapi Piala Asia Qatar 2023 pada Januari depan.

Jadual Perlawanan Persahabatan Pasukan Harimau Malaya

Pasti ramai yang sudah teruja untuk menyaksikan kembali ngauman skuad Harimau Malaya dalam pentas antarabangsa seperti perlawanan ini. Bagaimanakah corak permainan yang bakal ditunjukkan bagi setiap pemain yang berjaya dipanggil bagi mewakili negara.

Seperti pada awal tahun sebelum ini, skuad Harimau Malaya masih tidak berkesempatan untuk menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil berikutan naik taraf padang yang sedang dijalankan. Sebelum ini bermain di Selatan dan kini beralih ke Pantai Timur iaitu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Jadi mana yang berdekatan, boleh datang ke stadium dan jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk dengan harga yang ditetapkan oleh FAM sama seperti sebelum ini iaitu RM30 untuk tempat duduk terbuka dan RM5 untuk tiket kanak-kanak. Hanya dijual secara online di www.tickethotline.com.my dan tiada tiket fizikal di jual di perkarangan stadium.

Tapi jangan risau untuk anda yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, kerana kedua-dua perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di kaca tv anda iaitu menerusi saluran Astro dan TV9.

Boleh tonton di Astro Arena 801 atau secara online di Astro Go dan juga tersedia di penstriman web serta aplikasi Sooka. Selain itu, boleh saksikan secara live menerusi saluran TV9 atau secara online di aplikasi Tonton secara percuma.

Jadi untuk semua penyokong Harimau Malaya, jangan lupa saksikan dua perlawanan persahabatan antarabangsa tier 1 iaitu bertemu Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea. Berikut merupakan jadual dan keputusan perlawanan tersebut.

14 Jun 2023 (Rabu)

FT : Malaysia (4) - (1) Kepulauan Solomon

  • Raphael Lea'i 11'
  • Paulo Josue 40'
  • Arif Aiman Hanapi 45+2' (P)
  • Safawi Rasid 77'
  • Lee Tyck 90+1'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Astro Arena 801 & TV9

20 Jun 2023 (Selasa)

FT : Malaysia (10) - (0) Papua New Guinea

  • Safawi Rasid 45+4' (P)
  • Paulo Josue 52', 64', 70'
  • Arif Aiman Hanapi 57', 60', 87', 89'
  • Faisal Halim 59'
  • Daniel Ting 76'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Astro Arena 801 & TV9

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Jadual Malaysia vs Kepulauan Solomon Dan Papua New Guinea Tahun 2023"