Siaran Langsung Live Streaming Kelantan United vs Kelantan Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming Kelantan United vs Kelantan Liga Super 2023

Perlawanan kedua yang berlangsung untuk hari pertama minggu ketiga belas Liga Super 2023 adalah pertemuan antara Kelantan United FC vs Kelantan FC dimana ianya akan berlangsung pada 2 Jun 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu.

Sebenarnya pertembungan kedua-dua pasukan yang berpengkalan di negeri Kelantan ini boleh menjadi perlawanan tumpuan pada minggu ini. 'Derby Kota Bharu' ini pastinya menarik untuk disaksikan, pasukan mana yang lebih handal sebenarnya.

Kelantan United pastinya ingin terus memburu kemenangan pertama dalam saingan liga kali ini. Dalam dua belas perlawanan sebelum ini, mereka telah tewas sebanyak sembilan kali, seri tiga kali dengan tanpa rasa kemenangan walaupun sekali.

Sedikit berbeza dengan Kelantan dimana mereka telah berjaya menang sekali dalam tempoh waktu yang sama. Tapi Kelantan menjadi pasukan pertama yang telah tewas lebih sepuluh kali. Jadi kedua-dua pasukan ini sebenarnya prestasi merudum mereka tidaklah terlalu jauh.

Bermain juga di stadium yang sama menjadi homeground kedua-dua pasukan. Jika dilihat daripada segi penyokong, pastinya lebih berpihak kepada pasukan TRW Kelantan keranan sejarah pasukan tersebut dan juga telah lama berada di dalam saingan Liga Malaysia.

Tapi kena ingat, Kelantan kini berhadapan dengan krisis dalaman. Mungkin moral pemain sedikit terganggu, lagi-lagi ketika perlawanan. Ini sudah pastinya akan diambil kesempatan oleh pihak lawan sekali gus mendapat kemenangan.

Adakah Kelantan United mampu untuk mencatatkan kemenangan sulung dalam saingan Liga Super untuk tahun ini, sekali gus tidak menghuni tangga tercorot dalam pusingan pertama ini? Atau Kelantan akhirnya berjaya juga memburu kemenangan yang diperlukan untuk mententeramkan keadaan pasukan?

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Untuk kedua-dua penyokong terutamanya bagi rakyat Kelantan yang berada di sekitar Kota Bharu, jangan lupa untuk datang beramai-ramai bagi menyaksikan perlawanan ini. Sokonglah mana-mana pasukan pun, kerana mereka adalah untuk Kelantan.

Jadi jangan lupa untuk beli tiket yang kini sudah mula dijual sama ada dapatkan secara online di www.tickethotline.com.my atau boleh dapatkan tiket fizikal di kaunter perkarangan stadium pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Kelantan United vs Kelantan

Selain menyaksikan di stadium, perlawanan ini juga boleh tonton di kaca tv anda dimana ianya akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 2 804 atau tontonan secara online di Astro Go.

Untuk yang tiada Astro, jangan risau, anda boleh live streaming perlawanan ini iaitu menerusi platform web di sooka.my atau aplikasi Sooka yang boleh dimuat turun di telefon bimbit anda. Hanya perlu langgan Pek Liga Malaysia 2023 dengan harga bermula RM7.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.

Jadual Dan Keputusan Kelantan United vs Kelantan Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual pertemuan antara Kelantan United FC vs Kelantan FC untuk aksi Liga Super 2023 LS13 yang mana ianya akan berlangsung pada 2 Jun ini, hari Jumaat bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Manakala untuk keputusan perlawanan pula, hanya akan dikemaskini sejurus selepas habis perlawanan pada malam tersebut. Akan dipaparkan bilangan jaringan gol beserta senarai penjaring bagi pasukan yang terlibat.

2 Jun 2023 (Jumaat)

FT : Kelantan United (4) - (1) Kelantan

  • Devid Silva 22'
  • OJ Porteria 26', 61'
  • Ismaheel Akinade 45+4' (P)
  • Syazwan Zainon 66'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Tayangan : Arena Bola 2 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming Kelantan United vs Kelantan Liga Super 2023"