Telefilem Kasih Seorang Ayah Di TV3
Saksikan telefilem Kasih Seorang Ayah yang akan menemui penonton semula pada 17 Jun 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.
Telefilem awalnya ditayangkan sempena Hari Bapa pada tahun 2017 ini merupaakn terbitan syarikat produksi Mache AllStar United Sdn. Bhd., diarahkan oleh Datuk Ahmad Tamimi Siregar Kamarudin dengan nukilan skrip daripada Sham Hashim.
Sinopsis Telefilem Kasih Seorang Ayah
Telefilem Kasih Seorang Ayah menampilkan barisan pelakon seperti Eman Manan, Shukri Yahaya, Mia Ahmad, Dato' Ahmad Tamimi Siregar, Amyza Aznan, Azlan Komeng, Halimah Alias dan ramai lagi.
- Eman Manan sebagai Pak Yusof
- Shukri Yahaya sebagai Hussin
- Mia Ahmad sebagai Aminah
- Dato' Ahmad Tamimi Siregar sebagai Haji Hatta
- Amyza Aznan sebagai Zainab
- Azlan Komeng sebagai Wahab
- Halimah Alias sebagai Mak Jah
Ianya mengisahkan tentang Pak Yusof iaitu seorang penulis khat termasyhur, mula rasakan yang sudah tiba masanya supaya anaknya, Husin, meneruskan perniagaan tulisan khat miliknya.
Pak Yusof meminta Husin membantunya untuk menyiapkan tulisan khat yang ditempah oleh Hj Hatta. Namun, Husin tolak pelawaan Pak Yusof kerana dia sudah dapat kerja baru di bandar. Pak Yusof terpaksa siapkan tulisan khat itu secara sendirian.
Dalam diam, Pak Yusof rasa sedih apabila melihat Husin, satu-satunya anak lelaki harapan langsung tidak minat untuk meneruskan legasi seni tulisan khatnya itu.
Ketika di pejabat, Husin dikejutkan dengan satu panggilan dari isterinya, Aminah, yang memberitahu ayahnya, Pak Yusof tidak pulang ke rumah sejak keluar pagi tadi. Pak Yusof sebenarnya lupa jalan untuk pulang.
Selepas puas mencari, Hussin temui Pak Yusof di sebuah perhentian bas dalam ketakutan. Pak Yusof telah lupa jalan balik dan tidak tahu di mana dia berada. Hussin hairan apabila melihat perangai Pak Yusof dan telah membawa ayah ke klinik untuk diperiksa doktor.
Menurut doktor, Pak Yusof telah hidapi penyakit Alzheimer. Bermulalah episod yang mencabar bagi Husin sekeluarga.
Post a Comment for "Telefilem Kasih Seorang Ayah Di TV3"
Post a Comment