Telefilem Lembu Ghini Di TV2

Telefilem Lembu Ghini Di TV2

Saksikan telefilem Lembu Ghini yang akan menemui penonton pada 29 Jun 2023, bersiaran pada hari Khamis, raya pertama, jam 3.00 petang menerusi saluran TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem khas yang dibawakan sempena Hari Raya Aidiladha ini merupakan terbitan syarikat produksi AR Factor Resources Sdn. Bhd., diarahkan oleh Emdy Idris dengan nukilan skrip daripada Maziez Mazlan.

Sinopsis Telefilem Lembu Ghini

Telefilem Lembu Ghini menampilkan barisan pelakon seperti Izzy Reef, Syaffiq Sahli, Olan Lam, Ily Mokhtar, Juita Johari, Jaafar Hassan, Yan Ibrahim, Awie Deen, Muhammad Nur Arif dan ramai lagi.

  • Izzy Reef sebagai Ghani
  • Syaffiq Sahli sebagai Mustafa
  • Juita Johari sebagai Mariam
  • Jueily Mokhtar sebagai Ustazah
  • Olan Lam sebagai Nordin

Ianya mengisahkan tentang Ghani iaitu seorang pemuda yang kurang sempurna akal, nekad untuk mengorbankan lembunya, Lambo demi memenuhi cita-cita abangnya.

Dia dan ibunya bekerja keras bagi menampung keluarga dan membiayai pelajaran abangnya, Mustafa. Mustafa sering memperlekehkan kekurangan Ghani. Ghani sering mempersoalkan mengapa dia perlu berkorban untuk abangnya.

Telefilem Lembu Ghini Di TV2

Telefilem Lembu Ghini Di TV2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Lembu Ghini Di TV2"