Telefilem Resort Berhantu Di TV3

Telefilem Resort Berhantu Di TV3

Saksikan telefilem Resort Berhantu yang akan menemui penonton semula pada 3 Jun 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Cerakarama di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem awalnya ditayangkan pada tahu 2019 ini merupakan terbitan syarikat produksi Hujan Lebat Sdn. Bhd., diarahkan oleh Isqandar Jebat dengan nukilan skrip daripada tuan pengarah sendiri.

Sinopsis Telefilem Resort Berhantu

Telefilem Resort Berhantu menampilkan barisan pelakon seperti Ain Edruce, Izzue Islam, Jaja Iliyes, Amirul Faqeem, Shah Sulaiman, Din Che Pak, Masrenny Masri, Shahir Shaid dan ramai lagi.

  • Ain Edruce sebagai Rosalinda
  • Izzue Islam sebagai Key Ell
  • Jaja Iliyes sebagai Suzi
  • Amirul Faqeem sebagai Ikram
  • Shah Sulaiman sebagai Sham
  • Din Che Pak sebagai Langkawi
  • Masrenny Masri sebagai Amira

Ianya mengisahkan tentang pertemuan semula (reunion) 13 orang pelajar sekolah selepas 10 tahun tidak bertemu. Ianya merupakan perancangan Rosalinda dan Amira berikutan kisah lalu Rosalinda yang sering menjadi mangsa buli di sekolah.

Rosalinda dan Amira telah menjemput Kay, Syam dan Suzi yang pernah membuli dirinya suatu ketika dahulu. Mereka akhirnya menemui sebuah resort terpencil untuk mengadakan sesi reunion.

Apabila tibanya majlis reunion, kesemua rakan-rakannya hadir, perangai suka membuli mereka sebenanrya masih tidak berubah. Masih nakal seperti zaman sekolah sehingga sekarang.

Mereka berempat bersepakat untuk membuli Rosalinda buat kali terakhir, namun rancangan mereka mula bertukar apabila melihat mayat Rosalinda terapung di dalam kolam. Mereka mula ketakutan kerana dihantui oleh jelmaan hantu Rosalinda.

Siapakah mayat yang ditemui? Benarkah itu sebenarnya mayat Rosalinda? Ataupun ini merupakan 'balas dendam' daripada Rosalinda? Sama-sama kita saksikan telefilem menarik ini.

Telefilem Resort Berhantu Di TV3

Telefilem Resort Berhantu Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post