Telefilem Super Menantu Di TV9

Telefilem Super Menantu Di TV9

Saksikan telefilem Super Menantu yang akan menemui penonton semula pada 2 Jun 2023, bersiaran pada hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem awalnya ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan terbitan syarikat produksi P&D Pictures Sdn. Bhd., diarhakan oleh Mohd Fazli Yahya@Pali Yahya dengan nukilan skrip daripada Rick Hamid.

Sinopsis Telefilem Super Menantu

Telefilem Super Menantu menampilkan barisan pelakon seperti Nazim Othman, Nadia Brian, Nasha Aziz, Hafizuddin Fadzil, Amy Mastura, Azri Iskandar, Wilma Muhammad, Jissie Lim Abdullah, Meor Mohd dan ramai lagi.

  • Nazim Othman sebagai Jofa Helmi
  • Nadia Brian sebagai Qeyra Lyana
  • Nasha Aziz sebagai Elfa Qismaura
  • Hafizuddin Fadzil sebagai Rafi Rauf
  • Azri Iskandar sebagai Jimmy Dahlan
  • Amy Mastura sebagai Sara Sofian

Ianya mengisahkan tentang Elfa (46) dan Rafi (58) yang selama ini terasa begitu kehilangan anak lelaki mereka, teruja dengan kemunculan Jofa sebagai menantu di dalam keluarga mereka.

Kemesraan Jofa dengan ibu mertuanya telah membuahkan rasa cemburu di hati Rafi. Di hari ulang tahun hari kelahiran Sara, Jofa telah menghadiahkan seutas rantai emas kepada Elfa sebagai tanda terima kasih kepada Elfa yang telah mengubat rasa sedih atas kehilangan arwah ibunya.

Semakin hari Rafi semakin dingin dengan Jofa suhingga menyebabkan Jofa keluar daripada rumah. Ketiadaan Jofa membuatkan Elfa dan Rafi rindu dan sedar sebenarnya mereka begitu sayangkan Jofa.

Telefilem Super Menantu Di TV9

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Super Menantu Di TV9"