Drama Budak Hostel Otaknya Sewel - Sinopsis Dan Tayangan Di Astro Ria

Budak Hostel Otaknya Sewel

Saksikan drama terbaru Budak Hostel Otaknya Sewel yang akan menemui penonton mulai 31 Julai 2023 ini bagi menggantikan drama sebelumnya Chinta Wrong Direction.

Ianya juga akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, pada jam 10.00 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria 104 atau secara online di Astro Go.

Drama 18 episod yang merupakan adaptasi novel dengan judul yang sama karya Hasrul Rizwan ini merupakan terbitan syarikat produksi Radius One Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Norhanisham Muhammad (Labu)

Info Drama

Episod : 18
Tayangan : Slot Megadrama di Astro Ria 104
Tarikh : Mulai 31 Julai 2023 (Isnin - Khamis)
Masa : 10.00 Malam
Pengarah : Norhanisham Muhammad (Labu)
Produksi : Radius One Sdn. Bhd.

Budak Hostel Otaknya Sewel

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam drama Budak Hostel Otaknya Sewel seperti Tuah Adzmi, Bai Haq Majid, Adam Eji, Izz Ilham, Azhan Rani, Syarnaaz Ahmad dan Datin Natasya

Bukan itu sahaja, terdapat juga Amelia Christie, Zarul Iman, Aya Amiruddin, Datin Natasha, Adzim Hariz, Amysar Aziz, Flora Haron dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Tuah Adzmi sebagai Akil
  • Zarul Imran sebagai Borhan
  • Bai Haq Majid sebagai Mat Piah
  • Adam Eji sebagai Widad
  • Izz Ilham sebagai Cupin
  • Azhan Rani sebagai Cikgu Marzooki
  • Syarnaaz Ahmad sebagai Cikgu Daniel
  • Datin Natasya sebagai Cikgu Murnin
  • Amelia Christie sebagai Zakiah Merican
  • Zarul Iman sebagai Borhan
  • Aya Amiruddin sebagai Balkis T

Sinopsis Drama Budak Hostel Otaknya Sewel

Drama Budak Hostel Otaknya Sewel mengisahkan tentang Akhil yang telah dicabar oleh musus ketatnya, Borhan untuk mencuri barang seorang pelajar perempuan yang paling popular iaitu Zakiah Merican.

Jika Akhil berjaya memecah masuk asrama perempuan (Aspuri), Borhan akan memulangkan kembali surat rahsia milik Akhil yang dicurinya sebelum ini.

Dengan bantuan rakan-rakannya, Akhil mula merancang strategi memecah masuk ke dalam asrama perempuan. Cabaran demi cabaran terpaksa mereka lalui.

Antara perkara yang mereka perlu hadapi untuk menjayakan rancangan nakal mereka termasuklah perlu berhadapan dengan warden mereka yang sangat garang iaitu Cikgu Marzuki.

Cikgu Marzuki merupakan pesaing kepada Cikgu Daniel dalam cubaan untuk memenangai hati Cikgu Murni. Kesempatan itu diambil oleh Akhil untuk memasuki asrama perempuan ketika Cikgu Marzuki terleka.

Namun tanpa mereka sedari, sesuatu perangkap sedang menanti setelah mereka berjaya memasuki asrama perempuan tersebut.

Budak Hostel Otaknya Sewel

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Budak Hostel Otaknya Sewel - Sinopsis Dan Tayangan Di Astro Ria"