Drama Bukan Cinta Sempurna - Sinopsis Dan Tayangan Di Astro Ria

Drama Bukan Cinta Sempurna

Saksikan drama terbaru Bukan Cinta Sempurna yang akan menemui penonton mulai 31 Julai 2023 ini bagi menggantikan drama sebelumnya Hijrah Jannah.

Ianya juga akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada jam 6.00 petang menerusi slot Tiara di Astro Ria 104 atau secara online di Astro Go.

Drama 50 episod yang diadaptasi daripada siri terkenal Colombia iaitu 'Cafe Con Aroma de Mujer' ini merupakan terbitan syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd. dan arahan bersama daripada Azri Izhar.

Info Drama

Episod : 50
Tayangan : Slot Tiara di Astro Ria 104
Tarikh : Mulai 31 Julai 2023 (Isnin - Jumaat)
Masa : 6.00 Petang
Pengarah : Azri Izhar
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.

Drama Bukan Cinta Sempurna

OST Drama

Tajuk Lagu : Bukan Wanita Sempurna
Artis : Ayda Jebat dan Meet Uncle Hussain

Barisan Pelakon

Drama Bukan Cinta Sempurna menampilkan barisan pelakon utama seperti Fadlan Hazim, Ayda Jebat, Dato' Shah Iskandar, Amar Bahari dan Neera Azizi.

Mereka dibantu oleh Hanna Aqeela, Emelda Rosemila, Ziala Jalil, Dato' Sri Shah Rezza, Alif Hadi, Qistina Khaled, Saidah Kamarudin dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Ayda Jebat sebagai Qistina
  • Fadlan Hazim sebagai Luqman
  • Amar Baharin sebagai Zyan
  • Shah Iskandar sebagai Aniq
  • Neera Azizi sebagai Marina
  • Dato' Shah Iskandar sebagai Tuan Budi
  • Alif Hadi sebagai Benjamin
  • Qistina Khaled sebagai Diana
  • Saidah Kamarudin sebagai Nadia

Sinopsis Drama Bukan Cinta Sempurna

Drama Bukan Cinta Sempurna mengisahkan tentang Qistina iaitu seorang gadis daripada keluarga miskin yang bekerja di ladang milik keluarga Luqman bersama ayahnya, Tuan Budi.

Dia berhadapan dengan pelbagai cabaran bersama ibunya setelah dia jatuh cinta dengan Luqman. Namun percintaan mereka dipenuhi onak duri lantaran kematian Tuan Budi apabila hubungan mereka dihujani fitnah.

Nasib Qistina menjadi lebih tragis apabila dia ditinggalkan dalam keadaan hamil oleh Luqman yang sudah terkesan dengan fitnah, memaksa Qistina untuk keluar dan membina kehidupan sendiri.

Drama Bukan Cinta Sempurna

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Bukan Cinta Sempurna - Sinopsis Dan Tayangan Di Astro Ria"