Cara Beli Kad Touch N Go Baru NFC Harga RM10 Sahaja

Cara Beli Kad Touch N Go Baru NFC Dengan Harga RM10 Sahaja

Sekarang stok kad baru Touch 'N Go NFC dah banyak dan tak perlu beratur ke tunggu bila dijual lagi. Tambahan pula, anda boleh dapatkannya secara online dengan harga RM10 sahaja.

Kalau dulu semasa diperkenalkan, masing-masing berebut nak beli kad baru Touch 'n Go ni. Pada awalnya hanya di jual secara online di aplikasi Tng eWallet. Jadi ramai yang cepat-cepat cuba beli. Tapi akhirnya tak dapat.

Kemudian dia jual di Lazada Touch 'n Go pula. Kali ini sekali lagi orang ramai kena berebut untuk beli sebab stok terhad. Tambahan pula kita tak tahu bila akan restok. Tiba-tiba dah sold out.

Kemudian barulah ada beberapa lokasi petrol pum iaitu Petronas dan Petron ada menjual secara fizikal. Tetapi, itupun masih dengan stok terhad.

BACA : Senarai Lokasi Menjual Kad Baru Touch 'N Go NFC Seluruh Malaysia

Disebabkan itulah, banyak scalper atau reseller yang ada banyak stok mula menjual dengan harga yang mahal. Ada jual sehingga RM50 sekeping. Sedangkan harga asal RM10 sahaja. Katanya stok terhad.

Jadi orang ramai yang terdesak dan mahukannya ketika itu, tidak boleh tidak, beli la juga walaupun harga tak masuk akal. Sebab kad ini sangat memudahkan berbanding kad TnG lama yang biasa sebelum ini.

Kelebihan Kad Touch 'n Go NFC Yang Baru

Paling ketara kelebihan kad TnG yang baru berbanding kadn TnG yang lama adalah cara topup atau reload baki. Jika yang lama, anda hanya boleh tambah nilai di tol atau mana-mana kedai yang menyediakan perkhidmatan ini atau di kiosk yang disediakan.

Untuk kad baru TnG yang mempunyai fungsi NFC ini, kini anda tidak lagi perlu bergantung kepada benda lain. Anda boleh topup baki kad tersebut secara online sahaja iaitu menggunakan aplikasi TnG eWallet.

Ini bermakna, anda boleh reload pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Jika anda rasa baki tidak mencukupi dalam perjalanan, anda boleh terus topup menggunakan telefon pintar anda. Tiada caj tambahan dikenakan

Dengan itu, kerja kita lebih mudah dan cepat. Tak perlu beratur panjang di laluan tol tambah nilai. Tak perlu pergi ke kiosk. Tak perlu pergi ke petrol pum untuk tambah nilai dan dicaj 50 sen pula tu.

Semua boleh dilakukan menggunakan kad Touch 'n go NFC yang baru bersama telefon pintar dengan menggunakan aplikasi TnG eWallet sahaja.

Cara Beli Kad Baru NFC Touch 'N Go Dengan Harga RM10 Secara Online Untuk

Terdapat 2 cara untuk anda beli atau dapatkan kad baru NFC Touch 'n Go iaitu menerusi Lazada atau aplikasi Tng eWallet:

1)  Aplikasi Lazada

  1. Buka aplikasi Lazada dan pergi ke LazMall Touch 'n Go eWallet atau KLIK SINI
  2. Cari produk 'Enhanced Touch 'n Go Card'
  3. Klik butang 'Buy Now'
  4. Buat pembayaran seperti biasa sehingga selesai

Dapatkan kad baru Touch 'n Go NFC di Lazada secara online Berharga RM10

2)  Aplikasi Touch 'n Go eWallet

  1. Buka aplikasi TNG eWallet anda
  2. Pergi ke butang 'TNG Card'
  3. Kemudian scroll ke bahagian bawah dan klik 'Order Touch 'n Go Card'
  4. Klik 'Order Now' dan pilih kuantiti. Akhir sekali klik 'Buy Now'
  5. Masukkan segala butiran peribadi anda terutamanya alaman rumah. Jika sudah, klik 'Review Order' Kad akan dihantar terus ke rumah anda.
  6. Akhir sekali tik 'I hereby agree.. dan klik 'Pay RM14.90'

Dapatkan kad baru Touch 'n Go NFC di aplikasi TNG eWallet secara online Berharga RM10

Kad TNG NFC TERBARU ini akan sampai ke rumah anda dalam tempoh 3-5 hari waktu bekerja sama ada di aplikasi Lazada atau TNG eWallet.

*Harga ditetapkan adalah RM10 beserta caj penghantara RM4.90. Jadi anda perlu bayar RM14.90 sahaja secara keseluruhan.

Jadi lepas ni takperlu lagi risau kalau stok dah habis ke apa. Di Lazada dan TNG eWallet ni memang banyak dah. Yang penting jangan beli daripada scammer yang jual mahal-mahal tu. Sekarang harga RM10 sahaja.

2/Post a Comment/Comments

  1. Kad ni bukan fon yang ad NFC ke baru boleh guna?
    Haritu mcm nk beli tpi confuse dgn statement NFC ni
    ke hanya terus dari apps tu boleh topup

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. fon yg ada nfc sahaja boleh guna untuk topup. sebab tu ada yg gelar kad ni kad tng nfc. Kalau takda, mmg tak boleh topup guna apps.

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post