Telefilem Morse Code Daripada Haikal Di TV2

Telefilem Morse Code Daripada Haikal Di TV2

Saksikan telefilem Morse Code Daripada Haikal yang akan menemui penonton pada 31 Julai 2023, bersiaran pada hari Isnin, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem thriller aksi ini merupakan terbitan syarikat produksi Magnicificent Creative Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Shahnas Putra.

Sinopsis Telefilem Morse Code Daripada Haikal

Telefilem Morse Code Daripada Haikal menampilkan barisan pelakon seperti Aidil Aziz, Firdaus Ghufran, Akmal Razak, Dr. Priscillia Miard, RJ Helmy dan ramai lagi.

  • Aidil Aziz sebagai Badrul
  • Firdaus Ghufran sebagai Haikal
  • RJ Helmy sebagai Fizi

Ianya mengisahkan tentang Badrul iaitu seorang pemandu pelancong yang menerima isyarat lampu dari hutan yang menganggu fikiran dan aktiviti hariannya.

Ia menyebabkan Badrul berusaha payah mencari punca lampu tersebut dan didapati ianya adalah kod morse yang dihantar oleh seorang bernama Haikal.

Tetapi mengapa Haikal menghantar morse code tersebut? Apa tindakan Badrul pula dalam mencari tahu punca keberadaan lampur morse code tersebut?

Telefilem Morse Code Daripada Haikal Di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post