Senarai Pemenang Anugerah Sukan Negara 2022 (ASN2022)

Senarai Pemenang Anugerah Sukan Negara 2022 (ASN2022)

Setiap tahun kita pasti ketahui siapakah yang merangkul bagi anugerah utama iaitu Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan negara dan untuk edisi 2022 telah menampilkan persaingan yang sengit bagi kedua-dua anugerah tersebut.

Anugerah Sukan Negara (ASN) merupakan acara anugerah tahunan di Malaysia dimana ianya dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara sejak tahun 1966 dan untuk tahun 2022 sebelum ini merupakan edisi yang ke-56.

Anugerah tersebut bertujuan diadakan bagi memberi pengiktrifan kepada individu dan pasukan dalam dunia sukan dimana meraih pencapaian yang membanggakan negara sepanjang tahun.

Untuk tahun 2022, para atlet negara telah melalui banyak acara menerusi bidang masing-masing antaranya kejayaan dalam kejuaraan dunia badminton BWF. Kemudian kejayaan dalam kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizikal, Kejohanan Snuker Amatur Dunia dan banyak lagi.

Dalam tahun yang sama juga, kontinjen negara juga menghadapi Sukan ASEAN dan Para ASEAN. Selain itu, juga di acara Sukan Komanwel.

Anugerah Sukan Negara 2022 telah berlangsung di Hotel Dorsett Grand, Subang Jaya pada 17 Julai 2023 dan bersiaran menerusi saluran RTM di TV1 serta saluran Youtube Majlis Sukan Negara bermula pada pukul 9.00 malam.

Calon-Calon Anugerah Olahragawan & Olahragawati Kebangsaan 2022

Olahragawan Kebangsaa 2022

  • Muhammad Aznil Bidin (Angkat Berat)
  • Mohamad Aniq Kasdan (Angkat Berat)
  • Datuk Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah (Bina Badan)
  • Lim Kong Leong (Snuker & Billard)
  • Aaron Chia/Soh Wooi Yik (Beregu Badminton)

Olahragawati Kebangsaa 2022

  • Nor Amisha Azrilrizal (Muay Thai)
  • Nur Ain Syuhada Mohd Asri (Petanque)
  • Ng Joe Ee (Gimrama)
  • Nur Dhabitah Sabri (Akuatik Terjun)
  • Dato' Pandelela Rinong (Akuatik Terjun)

Senarai Pemenang Anugerah Sukan Negara 2022 (ASN2022)

Jadi jom kita tengok senarai penuh pemenang bagi setiap anugerah yang dipertandingkan dalam Anugerah Sukan Negara 2022.

Anugerah Jurulatih Wanita Kebangsaan 2022
Beh Lee Wei (Ping Pong)

Anugerah Jurulatih Lelaki Kebangsaan 2022
A. Arulselvaraj (Hoki)

Anugerah Pasukan Wanita Kebangsaan 2022
Pearly Tan/Thinaah Muralitharan (Badminton Beregu Wanita)

Anugerah Pasukan Lelaki Kebangsaan 2022
Pasukan Hoki Lelaki

Anugerah Khas 2022
Soh Wai Ching

Anugerah Khas 2022
Tuan Haji Ahmad Merican Othman

Anugerah Khas 2022
Datuk Fauzi Omar

Anugerah Khas 2022
Desmond David & Ann Marie David

Anugerah Kepimpinan Sukan 2022
Prof. Dato' Dr. Abdullah Mohammad Said

Anugerah Olahragawati Paralimpik Kebangsaan 2022
Lim Carmen (Para Renang)

Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaa 2022
Cheah Liek Hou (Para Badminton)

Anugerah Olahragawati Kebangsaa 2022
Ng Joe Ee (Gimrama)

Anugerah Olahragawan Kebangsaan 2022
Aaron Chia/Soh Wooi Yik (Badminton Beregu Lelaki)

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Senarai Pemenang Anugerah Sukan Negara 2022 (ASN2022)"