Saksikan Real Men Malaysia Wira Merah Di Astro Ria

Saksikan Real Men Malaysia Wira Merah Di Astro Ria

Astro kini kembali lagi dengan sebuah rancangan realiti tv iaitu menerusi Real Men Malaysia: Wira Merah yang akan menemui penonton pada setiap hujung minggu.

Program kali ini merupakan adaptasi daripada program 'Real Men' di negara Korea Selatan yang kini sudah diadaptasi oleh negara lain seperti Thailand dan China.

Program Real Men Malaysia Wira Merah

Jika daripada program asal mengetengahkan pelbagai aksi lasak dan sukar, untuk versi Malaysia ini, ianya lebih tertumpu kepada latihan daripada sudut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Ini bermakna, selebriti yang berani menyahut cabaran untuk Real Men Malaysia: Wira Merah ini akan menjalani kehidupan dan latihan sebagai seorang rekrut baru dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Sesi Latihan Yang Berat Dijalani Oleh Peserta

Setiap daripada peserta akan mengikuti siri latihan lasak dan ringan termasuk tatacara memakai pakai operasi, membentang dan menggulung hos.

Bukan itu sahaja, mereka juga akan belajar dan mengalami sendiri teknik penyelamatan di bangunan yang runtuh, teknik pemadaman kebakaran dan banyak lagi. Mereka akan belajar menjadi seorang anggota Bomba yang sebenar

Senarai Peserta Real Men Malaysia: Wira Merah

Terdapat 8 peserta yang berani menyahut cabaran untuk program kali ini iaitu 6 lelaki dan 2 perempuan. Selebriti tersebut terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Mereka ialah atlet negara speed climbing Mat Redho, influencer Arieff Yong, pelawak Shashic, model iaitu Eric Lay, hos Daniel Cheang dan Hawa Ridwana dan terakhir pelakon Wafiy dan Jasmine Suraya.

Peserta Real Men Malaysia Wira Merah 2023

Kesemua mereka akan menjalani latihan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, Terengganu

Tayangan Program Real Men Malaysia: Wira Merah

Program Real Men Malaysia: Wira Merah akan bersiaran sebanyak 8 episod bermula pada 30 Julai 2023, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di Astro Ria 104 dan Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara On Demand untuk pilihan lebih fleksibel.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Saksikan Real Men Malaysia Wira Merah Di Astro Ria"