Review Series Celebrity Di Netflix. Menceritakan Sisi Gelap Kehidupan Influencer

Review Series Celebrity Di Netflix

Tak tahu macam mana kali ini tiba-tiba sahaja terjebak dengan sebuah series kdrama berjudul Celebrity yang ditayangkan di Netflix. Nasihat awal, korang kena pergi tengok.

Celebrity merupakan sebuah siri orignal Netflix 12 episod terbaru arahan Kim Cheol Kyu yang ditayangkan sekitar bulan Jun 2023. Ianya merupakan sebuah siri dengan genre drama.

Yes, aku rasa ini kdrama pertama aku layan yang hanya membawa sebuah kisah drama. Aku bukanlah seorang peminat kdrama. Kalau aku tengok pun, biasanya genre sci-fi, monster, zombie dan tak pernah tengok pun yang ada drama sahaja.

Kali ini entah semena-mena aku terdetik nak tengok siri Celebrity ini. Aku tak pernah baca pun sinopsis atau review daripada orang ramai. Yang aku tahu, ianya mengisahkan tentang sisi gelap kehidupan influencer.

Barisan Pelakon

Tak boleh nafi la, pelakon-pelakon dalam siri ni cantik-cantik dan hensem juga la. Patutlah ramai yang melekat je nak tengok kdrama ni kan.

Jadi antara pelakon yang terlibat dalam siri ini ialah Park Gyu Young, Kang Min Hyuk, Lee Chung Ah, Lee Dong Gun, Jun Hyo Seong, Han Jae In, Han Eu Ddeum, Kim Si Hyn, Jung Yoo Min, Jun So Yeon, Park Ye Ni, Lee Eun Chae dan ramai lagi.

Sinopsis Series Celebrity

Celebrity mengisahkan tentang kehidupan satu kumpulan influencer Instagram yang juga digelar Celebrity dan telah menubuhkan satu kumpulan dengan influencer lain dan menamakan Gabin Society.

Cerita bermula apabila watak utama iaitu Seo Ari terserempak dengan rakan lamanya iaitu Jun Hyo Seong yang kini sudah berubah dan kaya disebabkan mempunyai ramai followers di Instagram.

Seo Ari terkejut dan hampir tidak mengenali temannya itu kerana banyak perubahan telah berlaku pada dirinya. Bermula dari itulah, Ari cuba mencari jawapan bagaimana kawannya tersebut boleh kaya dan hidup mewah.

Review Series Celebrity Di Netflix

Sejak daripada itu, Ari terus mendekati Hyo Seong dan Gabin Society yang mana antara jalan pintas untuk menjadi terkenal di media sosial. Hari demi hari, followers Ari meningkat dan dia terus menjadi perhatian di dunia online sehingga CEO The Hue iaitu Kang Min Hyuk juga tertarik.

Maka bermulalah kehidupan Ari sebagai seorang Celebrity. Kini sudah banyak company produk yang cuba ingin bekerjasama dengan Ari bagi tujuan marketing. Kini beliau menjadi sangat terkenal melepasi Gabin Society.

Ahli-ahli Gabin Society mula tidak puas hati dan ingin cuba menjatuhkan Ari dengan pelbagai cara. Sabotaj produk Ari &., cuba fitnah dan pelbagai lagi sehingga nitizen pula mengecam Ari di media sosial.

Tidak tahan dengan perkara tersebut, Ari membuat keputusan untuk bunuh diri dengan terjun ke laut. Ari telah pun disahkan mati. Tetapi ianya tidak berhenti disitu apabila beberapa bulan Ari kembali dengan membuat live dan menerangkan dari mula hingga akhir tentang rancangan jahat terutamanya daripada Gabin Society

Review Series Celebrity

Aku rasa sebab berminat untuk menonton siri ini hingga habis disebabkan pendahuluan episod pertama sangat menarik. Mula-mula diceritakan bagaimana kesan influencer terhadap promosi sesebuah produk dan mereka mampu jana pendapatan lumayan. Diterangkan dengan grafik yang sangat cantik.

Kemudian dalam pada keseronokan tersebut, terus mula kepada adegan siaran langsung Ari yang dibuat secara tiba-tiba dan telah mengejutkan Gabin Society dan dunia media sosial. Seolah-olah orang yang mati kini kembali.

Review Series Celebrity Di Netflix

Dari awal itulah, Ari flashback atau cerita kembali dalam live tentang bagaimana dia menjadi Celebrity, kaya, terkenal dan akhirnya dijatuhkan sehingga mati. Dalam masa yang sama itulah, kita boleh tahu macam influencer boleh terkenal dan macam mana income mereka begitu tinggi.

Dari segi jalan cerita, ianya tidaklah terlalu rumit. Tapi bagi aku macam agak laju juga sebenarnya pacing sepanjang penceritaan. Walaupun satu episod lebih kurang 40 minit, tapi macam sekejab je. Mungkin best sangat kot.

Ari dimasa sekarang certikan sedikit dalam live dan kemudian akan dipaparkan kehidupan Ari di masa lampau baik sebelum menjadi celebrity sehinggalah detik akhir dia dijatuhkan oleh mereka yang menaikkannya.

Selain itu, perincian atau detailing dalam Celebrity ini aku sangat. Ada ditunjukkan macam mana nitizen layan influencer di media sosial. Setiap komen di Instagram juga dipaparkan dengan grafik yang cantik. Benda kecil-kecil pun sangat dititi-beratkan.

Untuk prop dia tak banyak sangat tunjuk rumah-rumah besar. Tapi kereta sport mewah dan barangan-barangan mewah sangat menonjol dalam cerita ni terutmanya handbag dan baju-baju yang dipakai bagis setiap acara yang dihadiri mereka.

Setiap watak yang dibawa oleh barisan pelakon sangat baik. Ari walaupun miskin tetapi bijak dan pandai bergaya. Watak-watak daripada Gabin Society juga boleh nampak jenis bangga diri dan sombong serta berpura-pura. Kalau garang, garang betul belaka. Korea ni memang suka jerit-jerit kalau marah.

Review Series Celebrity Di Netflix

Kalau tanya aku, watak yang best selain Ari ialah Yoon S-Hyeon (lakonan Lee Chung A). Jenis yang cool dan tidak melenting walaupun perkara buruk berlaku padanya. Dia juga sebenarnya antara watak penting dalam perkembangan Ari sehingga jadi terkenal. Comel

Moral of the story pun banyak dalam cerita ni. Ari pada awalnya pun tak suka dengan kehidupan Celebrity, tetapi bila dia berada dalam dunia tersebut, dia pun jadi seperti mereka yang mana ingin menjatuhkan orang lain.

Dunia influencer ini juga penuh kepura-puraan terutamanya bila di depan kamera. Setiap hari mesti nampak lain demi memuaskan hati followers. Selain itu, sebab nak jadi terkenal, sanggup berlagak depan orang ramai dengan produk-produk tiruan demi sesebuah 'like'.

Kita jangan terlalu menunjuk-menunjuk harta kekayaan yang kita ada di media sosial. Mungkin ramai yang suka kita dan anda kena tahu ramai yang tidak suka kita, lagi-lagi kita kerap menayangkan barang-barang mahal.

Inilah yang ditunjukkan oleh karakter bbbfamous. Menjadi keyboard warrior di media sosial untuk menghentam orang lain dan menjatuhkan orang lain. Sedangkan dia juga hidup berpura-pura. Macam-macam boleh relate dengan dengan kehidupan kita sekarang ni.

Media sosial ni bukan semuanya baik. Kita nampak elok dan baik je dalam Instagram. Tetapi disebaliknya, mereka bergaduh dan ada juga terjebak dengan barang yang terlarang seperti dalam siri Celebrity ini yang mana menjadi turning point dalam keseluruhan cerita.

Review Series Celebrity Di Netflix

Disebabkan perkara buruk itulah, maka bermula siri jatuh-menjatuhkan antara satu sama lain. Ari pula dedahkan segala kehidupan influencer sebenar disebalik kamera.

Ending cerita juga best. Sebab happy ending dan tahu siapa disebalik bbbfamous tu. Selain itu, semua yang terlibat dengan kes barang terlarang tu turut disiasat polis akhirnya terutamanya Jin Tae Jeon (lakonan Lee Dong-Gun) dari firm Taegang. Seorang peguam yang berkuasa untuk tundukkan siapa yang melawannya.

Aku rasa, aku habis 12 episod dalam 3-4 hari je kot. Sebab dia cliffhanger. Ending setiap episod tu membuatkan kita nak tengok next episod. Lagi-lagi. Sudahnya tiba-tiba habis keseluruhan cerita.

Untuk aku yang tak minat kdrama ni pun cakap cerita ni best, jadi korang kena juga tengok siri Celebrity ini yang sudah ditayangkan di Netflix. Go watch now!

Rating Celebrity : 9/10

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Review Series Celebrity Di Netflix. Menceritakan Sisi Gelap Kehidupan Influencer"