Senarai Calon TOP 5 ABPBH 35 Tahun 2023

Senarai Calon TOP 5 ABPBH 32 tahun 2023

Untuk yang tidak tahu lagi senarai calon TOP 5 ABPBH 35 untuk tahun 2023, anda boleh tengok senarai dibawah. Ianya merangkumi kesemua kategori yang dipertandingkan untuk edisi kali ini.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) merupakan sebuah anugerah berprestij bagi member penghargaan keapda setiap artis dan selebriti dalam seni hiburan. Pemenang ditentukan sepenuhnya daripada undian peminat dan orang ramai.

Kini sudah memasuki edisi ke-35 yang mana sedikit berbeza jika dibandingkan dengan tahun-tahun sudah. Jika sebelum 100 peratus datang daripada undian online orang ramai. Kali ini, hanya 70 peratus daripada undian online dan lagi 30 peratus adalah daripada juri profesional.

Oleh itu, dasar kepopularan seseorang artis atau selebriti ketika itu bukanlah ditentukan oleh peminat sepenuhnya, tetapi berdasarkan juga atas markah yang dinilai oleh juri yang dilantik.

Tahun ini ABPBH 35 bertemakan Ekspresi Legasi Seni dimana mempertandingkan 19 kategori secara keseluruhan iaitu terdiri daripada 12 kategori utama dan 7 kategori sampingan iaitu Ekstra. Siapakah pemenang agaknya bagi setiap kategori?

Daripada kesemua yang disenaraikan dalam kategori yang dipertandingkan ini, mereka yang mempunyai undian tertinggi bakal dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 2023 iaitu sebaris dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aaron Aziz, Saiful Apek, Neelofa, Mira Filzah dan ramai lagi.

Pada malam sidang media pelancaran majlis ABPBH 35 yang lalu, pihaknya telah mengeluarkan sepuluh nama atau TOP 10 yang mendapat undian tertinggi setakat ini dan mereka ialah Aina Abdul, Amir Masdi, Anna Jobling, Bell Ngasri, Ben Amir, Ernie Zakri, Khai Bahar, Meerqeen, Sharifah Rose dan Siti Nordiana.

Tayangan Siaran Langsung ABPBH 32 Untuk Tahun 2023

Anugerah Bintang Popular Berita Harian, ABPBH 35 akan disiarkan secara langsung dari Istana Budaya, Kuala Lumpur dan dipancarkan menerusi saluran TV3 serta boleh juga live streaming secara online di platform www.tonton.com.my pada 21 Julai 2023, hari Jumaat, mulai jam 9.00 malam.

Malam kemuncak anugerah tersebut akan dikendalikan oleh gandingan terbaru iaitu Johan dan Ain Edruce. Manakala bagi acara karpet merah akan dihangatkan oleh DJ Hot FM iaitu Fizi Ali bersama Riena Diana.

Senarai Calon TOP 5 ABPBH 32 tahun 2023

Pada malam tersebut, penonton dan mereka yang hadir akan dihiburkan dengan persembahan daripada barisan artis popular seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Sufian Suhaimi, Luqman Podolski, Datuk Ramli Sarip dan ramai lagi.

Manakala antara mereka yang dipertanggungjawabkan untuk penyampai trofi seperti Erra Fazira, Anna Jobling, Beto Kusyairy, Puteri Sarah Liyana, Siti Hariesa dan ramai lagi termasuklah DJ Hot FM terbaru iaitu Khairy Jamaludin.

Senarai Penuh Calon TOP 5 ABPBH 35 Tahun 2023

Berikut merupakan senarai penuh calon TOP 5 bagi setiap anugerah yang dipertandingkan sekali gus bakal merangkul gelaran tersebut pada malam kemuncak ABPBH 35 nanti.

KATEGORI UTAMA

BBNU Lelaki Popular

  • Amir Ahnaf
  • Danial Chuer
  • Fadhli Masoot
  • Meer Nash
  • Mierul Aiman

BBNU Wanita Popular

  • Anna Jobling
  • Puteri Khareeza
  • Qasrina Karim
  • Siti Khadijah Halim
  • Sophia Albarakbah

Penyanyi Lelaki Popular

  • Amir Masdi
  • Hael Husaini
  • Haqiem Rusli
  • Khai Bahar
  • Naqiu

Penyanyi Wanita Popular

  • Aina Abdul
  • Ernie Zakri
  • Nabila Razali
  • Siti Nordiana
  • Wany Hasrita

Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular

  1. Dayang Nurfaizah & Amir Masdi
  2. Dolla
  3. Ernie Zakri & Syamel
  4. Nuha Bahrin & Naufal Azrin
  5. Siti Nordiana & Bunga Isme

Aktor Filem Popular

  • Beto Kusyairy
  • Datuk Adi Putra
  • Fattah Amin
  • Zizan Razak
  • Zul Ariffin

Aktres Filem Popular

  • Ahirine Ahirudin
  • Diana Danielle
  • Janna Nick
  • Maya Karin
  • Sophia Albarakbah

Aktor TV Popular

  • Aedy Ashraf
  • Ben Amir
  • Kamal Adli
  • Meerqeen
  • Redza Rosli

Aktres TV Popular

  • Anna Jobling
  • Puteri Sarah Liyana
  • Raysha Rizrose
  • Sharifah Rose
  • Siti Saleha

Penyampai Radio Popular

  • DJ Lin
  • DJ Sonic
  • Haiza
  • Johan
  • Tyzo

Pengacara TV Popular

  • Alif Satar
  • Elly Mazlein
  • Hawa Rizwana
  • Janna Nick
  • Sherry Alhadad

Artis Komedi Popular

  • Bell Ngasri
  • Jaa Suzuran
  • Johan
  • Syahmi Sazli
  • Zizan Razak

KATEGORI EKSTRA

Couple TV Popular

  • Aniq Suhair & Siti Khadijah Halim (Sekali Lagi Cinta Kembali)
  • Aedy Ashraf & Amelia Henderson (Kisah Cinta Kita)
  • Kamal Adli & Uqasha Senrose (Setelah Terlafaznya Akad 2)
  • Meerqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)
  • Redza Rosli & Raysha Rizrose (Bisik-Bisik Gelora)

Couple Filem Popular

  • Datuk Aaron Aziz & Nadiya Nisaa (Dekatnya Cinta)
  • Farid Kamil & Ahirine Ahirudin (Rempit 2)
  • Naqiu & Elizabeth Tan (Mat Bond Malaya)
  • Zul Ariffn & Azira Shafinaz (Tablis Iblis)
  • Zizan Razak & Elizabeth Tan (Abang Long Fadil 3)

Drama Popular

  • Bisik-Bisik Gelora
  • Kisah Cinta Kita
  • Melur Untuk Firdaus
  • Rindu Awak Separuh Nyawa 2
  • Sekali Lagi Cinta Kembali

Lagu Paling Boom Popular

  • Casablanca (Nuha Bahrin & Naufal)
  • Cinta Sejati (Aiman Sidek & Alin Sidek)
  • Gatal (Janna Nick)
  • Mimpi (Haqiem Rusli)
  • Terus Hidup (Aina Abdul)

Content Creator Popular

  • Ariedd Yong
  • Alieff Irfan
  • DD Chronicle
  • Qawiyaro
  • Sofyank

Tiktokers Popular

  • Aaabias
  • Aleeya Zailan
  • Hafiz Mahamad
  • Sally Whoo
  • Ustaz Ahmad Yusof

Lawak Viral Popular

  • Airiena Yahaya
  • Aldariya Dareesa
  • Ryan Bakery
  • Satthiya Kandi
  • Syahmi Sazli, Hasif dan Yoe Parey

Siapakah yang bakal memenangi bagi setiap kategori yang dipertandingkan ini? Dan pastinya ramai yang tertunggu-tunggu siapakah pula bawal bawa pulang gelaran Bintang Paling Popular pada ABPBH 35 kali ini?

Kalau boleh bagi Bell Ngasri....

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

1 comment for "Senarai Calon TOP 5 ABPBH 35 Tahun 2023"

Comment Author Avatar
Berdebar juga tunggu keputusannya. Tahun ni aura lain macam. Yak Yak Yey!