Senarai Filem Baru Menarik Di Pawagam Untuk Bulan Julai 2023

Senarai Filem Baru Menarik Di Pawagam Untuk Bulan Julai 2023

Tak sabar-sabar dah ni kan. Bukan bulan baru pastinya kita akan disajikan dengan senarai filem-filem baru yang hebat dan menarik untuk ditonton di pawagam. Jadi nak tahu filem apa yang akan ditayangkan di pawagam sepanjang bulan Julai 2023 ini, anda boleh tengok senarai penuh dibawah.

Semakin hari, semakin menarik apabila banyak filem baru yang keluar pawagam terutamanya tontonan di Malaysia. Untuk kaki filem, kaki pawagam, memang excited lebih lah ketika ini, lagi-lagi kalau filem yang kita minat bakal muncul di cinema.

Untuk bulan Julai ini, pastinya yang ditunggu-tunggu adalah filem aksi terhebat Mission: Impossible Dead Reckoning Part One yang kini sudah memasuki musim ke-7. Dah banyak misi yang dilalui oleh pelakon utamanya iaitu Tom Cruise. Kali ini apa pula misinya?

Selain itu, buat pertama kalinya kita akan saksikan live action Barbie yang bakal ditayangkan pada bulan Julai ini. Biasa kita tengok anak patung comel, kemudian dalam pelbagai kartun dan animasi 3D. Kini didatangkan dengan aksi sebenar yang dibawa ke layar perak.

Filem melayu tempatan juga akan ada dikeluarkan seperti Sue-On iaitu seram komedi dan juga Sumpah Jerunei iaitu membawakan filem seram misteri. Kemudian banyak lagi filem-filem menarik yang anda kena saksikan.

Dalam bulan Julai ini juga akan ada Thai Film Festival (TFF) yang berlangsung di GSC. Jadi dalam waktu ini, banyak filem-filem popular daripada Thailand akan disiarkan semula di pawagam GSC terpilih seluruh Malaysia.

Senarai Filem Baru Di Pawagam Untuk Julai 2023

Berikut merupakan senarai filem baru menarik tempatan dan antarabangsa yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada Julai 2023. Boleh tonton di mana-mana pawagam seperti GSC, TGV, MBO, Paragon, LSF dan lain-lain lagi.

5 Julai

  • Insidious: The Red Door

6 Julai

  • Clube House
  • One More Chance
  • Ikai Dek Wat Chedi
  • Shin-Masked Rider
  • Pelet Tali Pocong
  • Inception WB100
  • Sue-On
  • Detective Conan The Movie: Black Iron Submarine

12 Julai 2023

  • Mission: Impossible - Dead Reckoning Part One

Senarai filem baru pawagam 2023 Mission: Impossible - Dead Reckoning Part One

13 Julai 2023

  • Spirit Doll

20 Julai 2023

  • Barbie
  • Tulah 6/13
  • Oppenheimer

Senarai filem baru pawagam Julai 2023 Oppenheimer

27 Julai 2023

  • Kanneerta
  • Sumpahan Jerunei
  • Hati Suhita
  • Tales Frome The Occult: Body And Soul
  • Talk To Me
  • Doreamon The Movie: Nobita's Sky Utopia
  • Haunted Mansion

Filem mana yang anda tunggu-tunggu untuk tayangan nanti? Kongsikan di ruang komen dibawah.

*Sebarang perubahan tarikh tayangan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Sumber : cinema.com.my

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Senarai Filem Baru Menarik Di Pawagam Untuk Bulan Julai 2023"