Senarai Harga Rasmi Kereta EV BYD Dolphin Untuk 2 Pilihan Bermula RM99K

Senarai Harga Rasmi Kereta EV BYD Dolphin Untuk 2 Pilihan Bermula RM99K

EV atau Electric Vehicle atau Kereta Elektrik nampaknya semakin hari semakin banyak dan mula memasuki pasaran Malaysia dan terbaru BYD juga telah mengumumkan harga rasmi untuk model Dolphin dengan tanda harga bermula RM99 ribu.

Sebenarnya, ini bukan la EV pertama yang dibawa masuk ke pasaran Malaysia daripada jenama BYD. Sebelum ini telah diperkenalkan dengan BYD Atto 3 dengan segmen SUV. Kali ini lebih kecil sikit (hatchback), kereta BYD dengan saiz Myvi pula.

Kalau sebelum ini, banyak youtuber review dan pandu uji untuk kereta BYD Atto 3. Dengan teknologi elektrik daripada China yang sangat maju berbanding EV yang lain. Juga menjadi antara syarikat utama dunia dalam pengeluaran Electriv Vehicle.

Senarai Harga 2 Varian BYD Dolphin Di Malaysia

Untuk yang tertunggu-tunggu untuk model Dolphin, ini merupakan harga bagi 2 varian yang dibawa ke pasaran Malaysia untuk jenama Build Your Dreams (BYD):

BYD Dolphin Standard = RM99,900

BYD Dolphin Extended Range : RM124,900

Terdapat 2 pilihan warna untuk Standard Range iaitu Urban Grey dan Sand White. Manakala untuk Extended Range ada 3 pilihan warna iaitu Atlantis Grey, Ski White dan Surf Blue.

BYD Dolphin Dynamic Standar Range (RM99,900)

Senarai Harga Rasmi Kereta EV BYD Dolphin Untuk 2 Pilihan Bermula RM99K

  • Jarak 340km (WLTP)
  • Bateri 44.9kWh
  • Pengecas DC 60kW
  • Motor : 70kW (94hp) / 180Nm
  • Pecut 0-100km : 12.3s
  • Rim bersaiz 195/60 R16
  • OTR tanpa insurans RM100,530

BYD Dolphin Extended Range (RM124,900)

Senarai Harga Rasmi Kereta EV BYD Dolphin Untuk 2 Pilihan Bermula RM99K

  • Jarak 427km (WLTP)
  • Bateri 60.48kWh
  • Pengecas DC 80kW
  • Motor : 150kW (201hp) / 310Nm
  • Pecut 0-100km : 7s
  • Rim bersaiz 205/50 R17
  • OTR tanpa insurans RM125,530

Untuk info lanjut, boleh baca di www.byd.com/dolphin

Jadi untuk anda yang sedang mencari sebuah EV dengan harga bawah RM100 ribu, mungkin anda boleh berfikir-fikir untuk dapatkan BYD Dolphin ini.

Mungkin harga Tesla sebelum ini hampir RM200k, tapi ini pilihan dengan harga yang lebih murah. Boleh la jimat takperlu pakai petrol dah lepas ini, boleh caj sahaja. Boleh apply loan terus.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Senarai Harga Rasmi Kereta EV BYD Dolphin Untuk 2 Pilihan Bermula RM99K"