Senarai Penjaring Gol Sepanjang Piala FA 2023

Senarai Penjaring Gol Sepanjang Piala FA 2023

Siapakah yang bakal meraih kasut emas pada musim kali ini? Siapakah penjaring gol terbanyak untuk kejohanan Piala FA 2023 yang bakal kita ketahui pada final nanti.

Piala FA 2023 membabitkan 18 pasukan secara keseluruhan iaitu kesemua 14 pasukan daripada Liga Super, manakala 8 pasukan lagi bermain dalam Liga M3.

Kejohanan Piala FA 2023 telah bermula dari Mac sehingga Julai 2023. Dalam tempoh tersebut, pasukan-pasukan yang mengambil bahagian akan bermula daripada pusingan awal, kemudian pusingan 16 terbaik, suku akhir, separuh akhir sehinggalah ke final.

Johor Darul Ta'zim FC merupakan penyandang juara pada musim lalu untuk tahun 2022. Ketika itu, JDT berhadapan dengan Terengganu yang mana berkesudahan dengan kemenangan untuk JDT dengan jaringan tiga gol kosong.

Secara keseluruhan sebanyak 19 perlawanan yang akan berlangsung sepanjang kejohanan Piala FA 2023 termasuk final. Dalam tempoh tersebut, pasti ramai pemain yang bakal menjaringkan gol demi melayakkan diri sehingga ke pusingan yang terbaik.

Jadi jom kita tengok senarai pemain atau penjaring gol sepanjang Piala FA 2023 berlangsung bermula daripada pusingan awal sehingga final

Senarai Penjaring Gol Untuk Piala FA 2023

Berikut merupakan top 10 penjaring gol mengikut jumlah yang paling banyak:

  1. Arif Aiman Hanapi (JDT) - 4 gol
  2. Mukhairi Ajmal (Selangor) - 3 gol
  3. Yohandry Orozco (Selangor) - 2 gol
  4. Ivan Mamut (Terengganu) - 2 gol
  5. Jodran Mintah (Terengganu) - 2 gol
  6. Saravanan Thirumurugan (KL City) - 2 gol
  7. Ismaheel Akinade (Kelantan) - 2 gol
  8. Romel Morales (KL City)  - 2 gol
  9. Gomes da Silva (Penang) - 2 gol
  10. Bergson da Silva (JDT) - 2 gol
  11. Hassan Saad (Penang) - 2 gol

akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Piala FA 2023 sekali gus meraih kasut emas untuk musim kali ini?

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Senarai Penjaring Gol Sepanjang Piala FA 2023"