Siaran Langsung Live Streaming JDT vs KL City Final Piala FA 2023

Siaran Langsung Live Streaming JDT vs KL City Final Piala FA 2023

Kini sudah sampai ke saingan terakhir apabila dua pasukan akan berentap bagi merebut gelaran juara di Final Piala FA 2023 iaitu antara pasukan Johor Darul Ta'zim FC dan Kuala Lumpur City FC iaitu pada 22 Julai 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Sultan Ismail di Iskandar Puteri.

Sebanyak 20 pasukan terlibat dengan 19 perlawanan telah berlangsung dalam 4 pusingan. Akhirnya dua pasukan yang masih kental bagi menghadapi setiap perlawanan sehingga ke saat-saat yang dinanti ini di pusingan akhir.

Jika dilihat pada pusingan pertama di peringkat 16 terbaik, JDT tidak berdepan masalah untuk menewaskan PDRM dengan jaringan 3-0. Manakala KL City bernasib baik diundi bertemu pasukan daripada Liga M3 iaitu Imigresen FC dan memenanginya dengan 2-0.

Mara ke peringkat suku akhir, JDT menerima kunjungan Penang FC di SSI. Nampaknya lebih garang dengan membelasah Penang dengan jaringan 5-0. Sedikit berbeza dengan KL City yang terpaksa terbang ke Sabah untuk bermain di Likas. Tetapi mereka tidak gentar dan menang tipis 2-1.

Seterusnya di peringkat separuh akhir, JDT bertemu Selangor yang mana ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak. Tetapi akhirnya, Selangor juga tumpas dengan jaringan 4-0. KL City sekali lagi perlu ke tempat lawan dan kali ini ke Terengganu. Berjaya berhadapan dengan ribuan penyokong tuan rumah apabila menang dalam penentuan sepakan penalti selepas masing-masing buntu tanpa jaringan dalam aksi perlawanan sebenar.

Itulah antara liku-liku perjalanan untuk kedua-dua finalis Piala FA 2023 kita kali ini. JDT masih utuh dengan persembahan yang sangat luar biasa apabila tidak tewas dalam semua perlawanan termasuk saingan liga. Ditambah pula, mereka juga masih belum bolos dalam aksi piala fa ini.

KL City mungkin nampak seperti berdepan dengan halangan yang besar apabila berdepan dengan dua pasukan gergasi liga. Tetapi itu tidak mematahkan semangat mereka walaupun bermain di tempat lawan. Masih berjaya melayakkan diri ke final.

Adakah JDT mampu untuk mengekalkan kejuaraan yang dikecapinya pada tahun 2022 sebelum ini? Atau KL City berjaya merampas dan membawa ke pulang ke Cheras pada malam perlawanan tersebut?

Jika dilihat persembahan terakhir kedua-dua pasukan, pastinya sangat berpihak kepada JDT. Manakan tidak, dalam 17 perlawanan terkahir, mereka masih belum keciciran mata pun. Mereka tidak pernah tewas mahupun seri. Unggul di takhta liga dengan mata maksimum, 51.

Berbeza dengan KL City yang kini berada di tangga ke-6 dengan 27 mata. Dengan jumlah perlawanan yang sama, KL City menang tujuh perlawanan, seri enam perlawanan dan tewas sebanyak empat kali.

Tidak cukup dengan itu, sebenarnya kedua-dua pasukan telah pun bertemu sebanyak dua kali dalam musim 2023. Kedua-duanya dimenangi oleh JDT. Kali pertama menang 3-0 dan kali kedua menang 6-1 menjadikan keseluruhan 9-1.

Macam manalah agaknya final Piala FA nanti? Adakah KL City akan bermain bertahan dan serang balas sepanjang perlawanan? Apakah percaturan terbaik untuk mengekang JDT bagi mengelak dibolosi dengan jaringan yang besar?

Beli Tiket Masuk Stadium

Khusus untuk penyokong kedua-dua pasukan, jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk bagi menyaksikan aksi akhir Piala FA ini yang mana Stadium Sultan Ibrahim menjadi venue untuk perlawanan terakhir ini.

Anda boleh dapatkan tiket secara online menerusi www.tickethotline.com.my. Tiada penjualan tiket fizikal pada hari perlawanan. Harga bermula daripada RM50, RM100, RM150 (MFL Premium & FA Cup Premium) dan RM200 untuk Grandstand MFL iaitu mengikut tier yang ditetapkan.

Siaran Langsung Final Piala FA 2023 JDT vs KL City

Jangan risau untuk anda yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium bagi menyaksikan perlawanan ini. Ini kerana ianya akan disiarkan secara langsung di kaca tv anda menerusi saluran RTM dan Astro.

Untuk pengguna Astro, anda boleh saksikan menerusi saluran Astro Arena 801 dan Astro Arena Bola 803. Selain itu, anda juga boleh tonton secara online di Astro Go secara percuma khusus untuk pengguna pek Sukan Astro.

Manakala untuk tayangan di RTM, akan disiarkan menerusi saluran TV Okey dan Sukan RTM. Kalau nak tonton secara online digital, boleh pergi ke laman web rtmklik.rtm.gov.my atau download aplikasi RTM Klik.

Tak cukup lagi, jangan risau ada lagi alternatif lain. Anda boleh saksikan final ini secara live streaming dengan menggunakan aplikasi Sooka atau tonton di platform web. Sebab ada di RTM, jadi anda tidak perlu kepada apa-apa langganan. Boleh tontons secara percuma.

Jadual Dan Keputusan JDT vs KL City Final Piala FA 2023

Berikut merupakan jadual pertemuan antara Johor Darul Ta'zim FC vs Kuala Lumpur City FC untuk aksi Final Piala FA 2023 yang mana ianya akan berlangsung pada 22 Julai ini, hari Sabtu dengan waktu sepak mula pada jam 9.00 malam bertempat di Stadium Sultan Ismail.

Peringkat final tiada timbal balik. Jika tiada pemenang dalam tempoh perlawanan sebenarny, akan diheret ke masa tambahan atau sehinggalah ke penentuan sepakan penalti. Kemudian barulah akan ada keputusan yang boleh diumumkan.

22 Julai 2023 (Sabtu)

FT : JDT (2) - (0) KL City

  • Hong Wan 66'
  • Leandro Velazquez 74'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Isamil
Tayangan : Arena 801, Arena Bola 803, TV Okey dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

JDT Bergelar Juara Piala FA 2023

JDT Juara Piala FA 2023

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming JDT vs KL City Final Piala FA 2023"