Siaran Langsung Live Streaming Manchester United vs Leeds United Pre Season 2023

Siaran Langsung Live Streaming Manchester United vs Leeds United Pre Season 2023

Perlawanan pertama untuk aksi Pre Season bagi pasukan Manchester United akan bertemu Leeds United terlebih dahulu dimana ianya akan berlangsung pada 12 Julai 2023, hari Rabu bertempat di Ullevaal Stadion di Oslo Norway.

Pasukan terhebat dunia, Manchester United akan memulaikan aksi pra-musim mereka kali ini pada 12 Julai sehingga 6 Ogos kelak. Dalam tempoh tersebut, sebanyak 8 perlawanan yang akan berlangsung termasuklah dalam US Tour bermula 19 Julai kelak.

Dalam tempoh ini juga, skuad kendalian Eric Tan Hang akan bertemu banyak pasukan-pasukan dengan nama besar antaranya Arsenal, Real Madrid, Lens, Athletic Club, naib juara Bundesliga, kelab Dortmund dan beberapa kelab bola sepak yang lain.

Ini pastinya masa yang sesuai untuk menguji barisan pemain bagi menghadapi saingan untuk musim baru EPL dijadualkan akan bermula pada Ogos depan. Cabaran baru, pemain baru dan pastinya ada pasukan baru yang akan tiba di EPL.

Man Utd juga apa kurangnya. Mereka juga sudah mendapatkan seorang pemain baru yang dibeli daripada Chelsea iaitu Mason Mount. Ini juga medan terbaik untuk beliau beraksi bersama teammates yang lain bagi mendapatkan keserasian.

Ujian pertama adalah ketika bertemu Leeds United pada Rabu ini. Untuk rekod, kedua-dua pasukan ini telah bertemu sebanyak dua kali pada tahun 2023 iaitu dalam saingan Premier League. Dalam perlawanan tersebut, Man Utd berjaya menang sekali dan seri sekali.

Adakah perlawanan yang bakal berlangsung kali ini sekali lagi akan memihak kepada The Red Devils? Atau Leeds mampu untuk mencipta kejutan menumpaskan United walaupun ianya hanyalah perlawanan persahabatan.

Senarai Pemain Yang Terlibat Untuk Manchester United vs Leeds United Pre Season 2023

Manchester United telah mengesahkan barisan pemain yang akan terlibat untuk aksi pra-musim pertama ini di Oslo. Ada beberapa pemain utama direhatkan sebenatar untuk perlawanan pertama ini seperti Rashford, Bruno Fernandes, Maguire dan beberapa pemain lagi.

Berikut merupakan barisan pemain yang dibawa untuk perlawanan menentang Leeds United:

Penjaga Gol : Tom Heaton, Nathan Bishop, Matej Kovar.

Pertahanan : Alvaro Fernandez, Rhys Bennett, Will Fish, Marc Jurado, Lisandro Martinez, Raphael Varane, Aaron Wan-Bissaka, Brandon Williams.

Tengah : Toby Collyer, Fred, Dan Gore, Hannibal, Isak Hansen-Aaroen, Kobbie Mainoo, Mason Mount, Maxi Oyedele, Charlie Savage.

Penyerang : Amad, Noam Emeran, Omari Forson, Joe Hugill, Jadon Sancho, Shola Shoretire.

Jadual Dan Siaran Langsung Aksi Pre Season 2023 Manchester United vs Leeds United

Jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan pertama Pre Season 2023 antara Manchester United vs Leeds United yang akan berlangsung pada 12 Julai ini, pukul 11.00 malam waktu Malaysia bertempat di Ullevaal Stadion.

Perlawanan ini tidak akan ditayangkan menerusi saluran Astro mahupun mana-mana saluran tv untuk penonton di Malaysia. Sebaliknya, anda boleh live streaming menerusi www.manutd.com/mutv atau di aplikasi MUTV.

12 Julai 2023 (Rabu)

FT : Manchester United (2) - (0) Leeds United

  • Emeran 67'
  • Hugill 80'

Masa : 11.00 Malam (waktu Malaysia)
Tempat : Ullevaal Stadion
Tayangan : -Tiada-
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming Manchester United vs Leeds United Pre Season 2023"