Jadual Penuh Sukan Universiti Dunia (Universiade) FISU Chengdu 2021

Jadual Penuh FISU Sukan Universiti Dunia (Universiade) Chengdu 2021

Temasya Sukan Universiti Dunia kini kembali untuk edisi ke-31 dan Chengdu, China telah dipilih sebagai tuan rumah, maka jadilah FISU World Universiti Games, Chengdu 2021 atau Sukan Universiti Dunia FISU Chengdu 2021.

Sukan Universiti Dunia merupakan acara sukan terbesar bagi atlet pelajar yang dianjurkan oleh International University Sports Federation (FISU) dan untuk tahun ini, ianya berlangsung dari 28 Julai hingga 8 Ogos 2023.

Untuk edisi kali ini, terdapat lebih 120 buah negara seluruh dunia yang mengambil bahagian seperti China sebagai tuan rumah, Argentina, Australia, Belgium Thailand, Nepal, Jerman, Sepanyol, Hong Kong dan banyak lagi termasuk daripada Malaysia.

Kesemua atlet yang bertanding akan mengambil bahagian dalam 268 acara dengan 18 jenis sukan yang dipertandingkan. Antaranya sukan akuatik, memanah, badminton, judo, taekwando, tenis, wushu dan banyak lagi.

Acara pembukaan dijadualkan berlangsung di Dong'an Lake Sports Center pada 28 Julai 2023. Manakala acara penutup adalah pada 8 Ogos depan iaitu di Chengdu Open Air Music Park.

Walaupun begitu, beberapa acara sukan telah pun bermula sebelum acara pembukaan berlangsung iaitu bagi sukan memanah dan juga polo air. Sukan polo air menjadi sukan terakhir berlangsung sepanjangn temasya.

Edisi kali ini sebenarnya dilangsungkan pada tahun 2021. Ekoran pendamik Covid-19, ianya terpaksa ditunda pada tahun 2022. Akan tetapi, pada tahun tersebut juga berlangsung temasya Olimpik, ianya ditunda lagi ke tahun 2023 kali ini.

Jadi untuk meneruskan juga temasya untuk edisi ke-31 ini, ianya tetap dijalankan pada tahun ini seperti dalam jadual yang ditetapkan bagi temasya dwi-tahunan.

Atlet Malaysia Dalam Acara FISU Sukan Universiti Dunia, Chengdu 2021

Malaysia antara 120 negara yang mengambil bahagian dalam temasya kali ini. Seramai 66 atlet yang mengambil bahagian dalam 8 jenis sukan yang dipertandingkan.

Barisan atlet tersebut datang daripada atlet IPTA seramai 45 orang, atlet IPTS 16 orang, manakala politiknik dan kolej komuniti masing-masing dengan 3 dan 2 orang.

Mereka akan menyertai sukan menah, olahraga, taekwando, renang, wushu, terjun, menembak dan sukan badminton.

Pencapaian terbaik kontinjen negara dalam Sukan Universiti Dunia adalah pada edisi 2017 dengan meraih 3 perak dan 3 gangsa. Sasaran untuk Chengdu 2021 adalah 3 pingat tanpa mengira warna. Pastinya pingat emas pertama dicari untuk temasya kali ini.

Siaran Langsung Acara Sukan Universiti Dunia, Chengdu 2021

Untuk temasya Sukan Universiti Dunia FISU, tiada tayangan siaran langsung bagi acara yang dibawa ke kaca tv baik menerusi saluran RTM dan Astro khususnya penonton di Malaysia

Tetapi Astro Arena 801 akan bawakan liputan terkini dan analisi menerusi platform tersebut termasuk juga saluran eurosport 820.

Akan tetapi, anda boleh live streaming bagi beberapa acara sukan yang dibawakan menerusi FISU TV secara percuma di www.fisu.tv.

Jadual Penuh Setiap Acara Sukan Universiti Dunia (Universaide) FISU Chengdu 2021

Berikut merupakan senarai penuh bagi jadual dan tarikh berlangsungnya bagi setiap acara sukan yang dipertandingakn dalam Sukan Universiti Dunia FISU Chengdu 2021

AKUATIK

- [Terjun]

  • Tarikh : 31 Julai - 7 ogos 2023
  • Venue : Cultural and Sports Centre Natatorium 

- [Renang]

  • Tarikh : 1 - 7 Ogos 2023
  • Venue : Dong'an Lake Sports Park Aquatics Centre

- [Polo Air]

  • Tarikh : 27 Julai - 8 Ogos 2023
  • Venue : Shuangliu Modern Pentathlon Centre 

BADMINTON

  • Tarikh : 30 Julai - 7 Ogos 2023
  • Venue : Shuangliu Sports Centre Gymnasium

BOLA KERANJANG

  • Tarikh : 28 Julai - 6 Ogos 2023
  • Venue : University of Electronic Science and Technology of China Qingshuihe Campus Gymnasium

BOLA TAMPAR

  • Tarikh : 28 Julai - 6 Ogos 2023
  • Venue : Southwestern University of Finance and Economics Guanghua Campus Gymnasium

GIMNASTIK

- [Artistik]

  • Tarikh : 1 - 5 Ogos 2023
  • Venue : Dong'an Lake Arena

- [Berirama]

  • Tarikh : 29 - 31 Julai 2023
  • Venue : Chengdu Sport University Gymnasium 

JUDO

  • Tarikh : 29 Julai - 1 Ogos 2023
  • Venue : Cultural and Sports Centre Gymnasium

LAWAN PEDANG

  • Tarikh : 2 - 7 Ogos 2023
  • Venue : Pidu Sports Centre Natatorium

MEMENAH

  • Tarikh : 27 - 31 Julai 2023
  • Venue : Shuangliu Modern Pentathlon Centre

MENEMBAK

  • Tarikh : 29 Julai - 2 Ogos 2023
  • Venue : Shuangliu Modern Pentathlon Centre

OLAHRAGA

  • Tarikh : 1 - 6 Ogos 2023
  • Venue : Shuangliu Stadium

PING PONG

  • Tarikh : 29 Julai - 5 Ogos 2023
  • Venue : Tianfu Software Park Sports Center

ROWING

  • Tarikh : 3 - 5 Ogos 2023
  • Venue : Sichuan Water Sports School

TAEKWANDO

  • Tarikh : 29 Julai - 4 Ogos 2023
  • Venue : Sichuan Normal University, Wanjiang Campus Gymnasium

TENIS

  • Tarikh : 29 Julai - 6 Ogos 2023
  • Venue : Sichuan International Tennis Centre

WUSHU

  • Tarikh : 29 Julai - 3 Ogos 2023
  • Venue : Chengbei Gymnasium

Selamat maju jaya untuk semua atlet terutamanya kontinjen Malaysia untuk bawa pualng seberapa banyak pingat di pentas Sukan Universiti Dunia FISU Chengdu 2021

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Jadual Penuh Sukan Universiti Dunia (Universiade) FISU Chengdu 2021"