Telefilem Aku Bersaksi Di TV1

Telefilem Aku Bersaksi Di TV1

Saksikan telefilem Aku Bersaksi yang akan menemui penonton pada 19 Julai 2023, bersiaran pada hari Rabu, jam 11.00 pagi menerusi slot Telefilem Khas di TV1 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem yang ditayangkan sempena Maal Hijrah ini merupakan terbitan Nafalia Corporation Sdn. Bhd., diarahkan oleh Adahm Hamin dengan nukilan skrip daripada Jeehan.

Sinopsis Telefilem Aku Bersaksik

Telefilem Aku Bersaksi menampilkan barisan pelakon seperti Elvina Chua, Syazuwan Hassan, Janet Khoo, Farisha Irwayu, Lia Natalia, Fadillah Mansor, Ooi Liang Chia dan ramai lagi.

  • Elvina Chua sebagai Anne/Ain
  • Syazuwan Hassan sebagai Razak

Ianya mengisahkan tentang kehidupan Anne yang mendapat hidayah untuk memeluk agama Islam, lalu menukarkan namanya kepada Ain. Razak yang telah melamar Ain berjanji akan membimbingnya.

Tetapi beberapa konflik berlaku selepas itu yang mana hubungan mereka mula rapuh. Adakah Razak akan mengotakan janji-janjinya untuk menjaga Ain?

Dan adakah Ain akan terus kekal bersama agama barunya setelah pelbagai ujian yang dihadapinya setelah menjadi mualaf?

Telefilem Aku Bersaksi Di TV1

Telefilem Aku Bersaksi Di TV1

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Aku Bersaksi Di TV1"