Telefilem Baby Jarum Di Astro Ria

Telefilem Baby Jarum Di Astro Ria

Saksikan telefilem Baby Jarum yang akan menemui penonton pada 16 Julai 2023, bersiaran pada hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.

Telefilem yang merupakan sekuel kepada filem Mami Jarum tahun 2022 ini merupakan terbitan syarikat produksi MIG Picture Sdn. Bhd., diarahkan oleh Hadith Omar dengan nukilan skrip daripada panel skrip MIG sendiri.

Sinopsis Telefilem Baby Jarum

Telefilem Baby Jarum menampilkan barisan pelakon seperti Rita Nadira, Fikry Ibrahim, Kartina Aziz, Hanan Kiasati, Shiela Mambo, Mamak Puteh dan ramai lagi.

  • Rita Nadira sebagai Syikin
  • Kartina Aziz sebagai Tok Mami/Mami Jarum/Fatimah
  • Fikry Ibrahim sebagai Asyraf
  • Hanan Kiasati sebagai Achik Shikin
  • Sheila Mambo sebagai Bee
  • Mamak Puteh sebagai Muaz

Mami Jarum kini kembali dan kisah kali ini mengetengahkan konflik tentang cucunya iaitu Asyikin yang dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki pilihan Tok Maminya.

Namun begitu, Asyikin menolak dengan cadangan tersebut kerana dia mempunyai rancangan yang lebih baik untuk dirinya. Apakah kesudahannya? Adakah Asyikin akan menikah dengan pilihan Tok Maminya atau pilihan hatinya sendiri?

Telefilem Baby Jarum Di Astro Ria

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Baby Jarum Di Astro Ria"