Telefilem Demi Hati Arjuna Di TV9

Telefilem Demi Hati Arjuna Di TV9

Saksikan telefilem Demi Hati Arjuna yang akan menemui penonton semula pada 17 Julai 2023, bersiaran pada hari Isnin, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2018 di TV3 ini merupakan terbitan syarikat produksi Primework Studios, diarahkan oleh Zul Hizaimy dengan nukilan skrip daripada Eenaz Mokhtar.

Sinopsis Telefilem Demi Hati Arjuna

Telefilem Demi Hati Arjuna menampilkan barisan pelakon seperti Nad Zainal, Mohd Danish Hazriq, Emelda Rosemila, Zul Huzaimy, Adiba Yunus, Idrsi Khan, Mili Supina, Syrim dan ramai lagi.

  • Nad Zainal sebagai Alia
  • Mohd Danish Hazriq sebagai Arjuna
  • Idris Khan sebagai Zafran
  • Zul Huzaimi sebagai Karim
  • Emelda Rosmilea sebagai Nina
  • Adiba Yunos sebagai Farah

Ianya mengisahkan tentang Alia yang disahkan menghidap penyakit hati Cirrhosis. Alia teringat masa silamnya memang liar.

Bagi merawat penyakitnya, dia disaran melakukan transplan. Namun. Alia yang sebatang kara sukar untuk dia mendapatkan penderma.

Dia kemudian teringat akan Arjuna, anak yang dia lahirkan 12 tahun dahulu bersama Zafran. Zafran tidak mahu bertanggungjawab. Anak itu diserahkan kepada orang lain selepas dinamakan sebagai Arjuna.

Timbul rasa kesal dan sayang terhadap anaknya, akhirnya Alia minta maaf pada Arjuna dan dia tidak akan dapat mengambil hati Arjuna untuk kepentingan dia.

Telefilem Demi Hati Arjuna Di TV9

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Demi Hati Arjuna Di TV9"