Telefilem Monsun Barat Angin Selatan Di TV1

Telefilem Monsun Barat Angin Selatan Di TV1

Saksikan telefilem Monsun Barat Angin Selatan yang akan menemui penonton pada 8 Julai 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Arikah Prestij Sdn. Bhd., diarahkan oleh Azmil Hamzah yang juga merangkap sebagai penulis skrip untuk naskah ini.

Sinopsis Telefilem Monsun Barat Angin Selatan

Telefilem Monsun Barat Angin Selatan menampilkan barisan pelakon seperti Saiful Apek, Hilmy Ashley, Aishah Azman, Munir, Hafidzuddin Fazil, Aepul Bakri, Faiz Talam, Atong, Taufik Khan, Salman Mansor, Ricky dan ramai lagi.

  • Saiful Apek sebagai Pak Din
  • Munir sebagai Haziq
  • Hilmy Ashley sebagai Aliff
  • Aisyah Azman sebagai Nur
  • Hafidzuddin Fazil sebagai Pak Seman
  • Hairul Rikyno sebagai Tuan Faizal

Ianya mengisahkan Haziq dan Helmi bekerja di sebuah pusat peranginan milik Nur. Mereka berdua merancang untuk bekerjasama dengan Pak Din untuk membuka pusat peranginan mereka sendiri. Apabila mereka meletak jawatan Nur mula menghadapi kesukaran.

Telefilem Monsun Barat Angin Selatan Di TV1

Telefilem Monsun Barat Angin Selatan Di TV1

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Monsun Barat Angin Selatan Di TV1"