Cara Daftar AHB Amanah Hartanah Bumiputera Di Maybank Tahun 2024

cara daftar akaun ahb di maybank tahun 2024

Mungkin ada diantara anda yang berhajat untuk daftar dan buka akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB), tetapi tidak tahu prosedur atau cara-cara yang sepatutnya dilakukan. Kalau tak tahu, boleh baca sini

Jadi dalam artikel ini, aku kongsikan sedikit berdasarkan pengalaman sendiri dimana aku bukan akaun AHB di cawangan Maybank berhampiran dengan tempat aku. Proses pendaftaran dan bukan akaun pun hanya dilakukan dalam beberapa minit sahaja.

Sebenarnya, aku berhajat untuk daftar AHB ini kerana banyak perkongsian yang dibuat di twitter tentang pelaburan tersebut. Jadi aku tertarik untuk daftar. Tapi sebenarnya bukan semudah itu, kerana ada kuota yang ditetapkan.

Secara ringkasnya, anda hanya boleh buka akaun AHB sekiranya diumumkan dibuka pelaburan baru untuk orang ramai. Jika tidak, anda memang tak boleh buka akaun. Tunggu pengumuman, baru boleh daftar.

Jadi baru-baru ini, AHB ada buat pengumuman iaitu penambahan pelaburan dana AHB bersama-sama pendaftaran untuk pelaburan baru. Jadi aku tak teragak-agak untuk terus pergi ke cawangan Maybank untuk daftar.

Apa Itu Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)?

AHB ialah dana unit amanah patuh Syariah yang melabur terutamanya dalam pemunyaan benefisial harta komersil di lokasi utama di Malaysia. AHB mempunyai saiz dana tersedia berjumlah 3.5 bilion unit untuk dilanggan oleh pelabur Bumiputera pada harga RM1.00 per unit di semua cawangan Maybank Banking Berhad ("Maybank").

Pada masa ini, Dana ini disokong oleh sebelas (11) harta komersil utama yang telah disewakan dan menikmati aliran pendapatan sewaan secara tetap. AHB diwujudkan untuk memberikan peluang kepada pelabur Bumiputera menyertai pemilikan harta komersil utama melalui pegangan unit dalam AHB sebagai Pemegang Unit.

Syarat Untuk Daftar Akaun AHB

Berikut adalah mereka yang layak melabur dalam AHB:

  1. Bumiputera Malaysia
    • Akaun Dewasa (18 tahun ke atas);
    • Akaun Remaja (bagi pemohon bawah umur dan kanak-kanak berumur tiga (3) bulan dan ke atas tetapi di bawah usia 18 tahun dibawah nama penjaga yang sah. Kedua-dua penjaga yang sah dan kanak-kanak tersebut mestilah Bumiputera Malaysia);
  2. Institusi Bumiputera

Kelebihan Melabur Dalam AHB

Berikut merupakan kelebihan-kelebihan yang anda perolehi jika melabur dalam AHB

  • Pelaburan disokong oleh harta komersil di lokasi utama di Malaysia
  • AHB adalah skim pelaburan yang telah disahkan sebagai patuh Syariah
  • Dana ini diurus oleh pengurus dana yang profesional dan berpengalaman
  • Mampu milik kerana ia hanya memerlukan pelaburan permulaan yang kecil
  • Hak dan kepentingan anda dipantau dengan teliti oleh Pemegang Amanah Dana
  • Pelaburan jangka panjang yang berpotensi memberikan pulangan yang kompetitif
  • Rangkaian cawangan Maybank dan Ambank yang meluas di seluruh Malaysia
  • Dua kali dividen setahun

Cara Buka Akaun Dan Daftar Amanah Hartanah Bumiputer (AHB) Di Maybank

Cara untuk buka akaun atau daftar AHB ini sangat mudah. Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Maybank dan adalah lebih baik anda sudah mempunyai akaun simpanan Maybank dan perbankan online.

  1. Pergi ke mana-mana cawangan Maybank
  2. Kemudian maklumkan kepada kaunter pertanyaan untuk buka akaun AHB
  3. Anda perlu isi 'Borang Pendaftaran' sama ada untuk akaun dewasa/akaun kanak-kanak
  4. Kemukakan borang yang lengkap beserta MyKad dan jumlah pelaburan minimum sebanyak RM100
  5. Tunggu proses sehingga selesai
  6. Done

Dalam sehari dua, anda boleh lihat akaun pelaburan untuk AHB akan tersedia dalam Maybank2u anda di bahagian Wealth. Ini bermakna, pelaburan anda sudah berjaya.

Jadi selepas itu, anda boleh la buat penambahan pelaburan sekiranya ada dana tambahan diumumkan oleh pihak Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) yang diumumkan di website rasmi di www.phb.com.my.

Selain daripada maybank2u, anda juga boleh daftar dan semak akaun AHB anda secara online menggunakan myAHB iaitu menerusi laman web https://myahb.my/ atau download aplikasi di play store dan app store.

Cara Daftar Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) Di Maybank Tahun 2024

Pengalaman Sendiri Dengan AHB

Pada awalnya, ada tiga sebab kenapa akau buat keputusan untuk melabur dalam AHB ni. Sebab pertama dan utama adalah ianya berisiko rendah. Anda melabur RM1.00 dan ianya akan tetap dengan nilai tersebut sama seperti ASB.

Sebab kedua, sudah tentu kerana agihan pendapatan (atau senang faham, dividen) yang tinggi jika dibandingkan dengan ASB. Disamping itu, ianya diberikan dua kali setahun tau. Biasa kita dapat sekali setahun. Tambahan lagi, dividen yang diberi adalah termasuk zakat tau. Jadi dividen yang diberi tersebut, tidak perlu zakat lagi.

Sebab ketiga, aku nak diversify atau mempelbagaikan pelaburan yang aku ada. Aku tak simpan kesemuanya dalam ASB atau Tabung Haji. Aku simpan di beberapa tempat lain juga termasuk di AHB. Kalau kena dengan masa, dapat la untung lebih sikit kan.

Jadi kalau anda rasa berminat, boleh la berbuat demikian di mana-mana cawangan Maybank atau Ambank berhampiran dengan anda.

Kemaskini terbaru: Katanya lagi, bermula tahun 2024 ini, pendaftaran akaun baru AHB atau register AHB Account boleh dibuat secara online. Pertama kena daftar akaun Unit Trus dahulu seperti dibawah

Maybank2u > Apply > Investment > Unit Trus Account

Dah siap buka akaun Unit Trust, baru anda boleh langgan AHB dengan cara dibawah :

Maybank2u > My Account > Wealth > Unit Trust > pilih akaun Unit Trust anda > Fund House > Maybank Asset Management Sdn Bhd > Fund Name > AHB Fund > One Time Subscription > Payment Account > masukkan jumlah > klik Subscribe

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

1 comment for "Cara Daftar AHB Amanah Hartanah Bumiputera Di Maybank Tahun 2024"