Telefilem Dosa Perempuan Di TV3

Telefilem Dosa Perempuan Di TV3

Saksikan telefilem Dosa Perempuan yang akan menemui penonton semula pada 12 Ogos 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2017 ini merupakan terbitan syarikat produksi Zeel Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Murali Abdullah dengan nukilan skrip daripada Syed Taufik Al Attas.

Sinopsis Telefilem Dosa Perempuan

Telefilem Dosa Perempuan menampilkan barisan pelakon seperti Redza Rosli, Nad Zainail, Mira Filzah, Aidit Noh, Adik Dura Mitilda, Hairi Safwan, PU Riz, Fizi Amer dan ramai lagi.

  • Redza Rosli sebagai Nik Haikal
  • Nad Zainail sebagai Suraya
  • Mira Filzah sebagai Tasha
  • Aidit Noh sebagai Daud
  • Adik Dura Mitilda sebatai Aimi
  • Hairi Safwan sebagai Azali
  • PU Riz sebagai Osman

Ianya mengisahkan tentang Nik yang baru sahaja menyelesaikan sebuah kes pembunuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki bernama Daud. Daud dituduh bersalah membunuh dengan niat.

Sekiranya Daud didapati bersalah, dia akan menerima hukuman gantung sampai mati. Kes pembunuhan Daud terhadap rakannya sendiri, Azali menerima kutukan daripada masyarakat.

Suatu hari Nik terpaksa meninggalkan rumah untuk beberapa minggu atas urusan pekerjaan. Suraya dan anak mereka, Aimi menjalani kehidupan seperti biasa sehinggalah Suraya berkenalan dengan Tasha di sebuah pasaraya.

Nik mula rasa tidak sedap hati memikirkan keselamatan keluarganya. Aimi memberitahu yang dia tidak sukakan Tasha kerana Tasha agak pelik. Pada masa yang sama, Daud masih lagi mendiamkan diri dan tidak mahu membantu siasatan polis.

Baginya, sekiranya pihak polis mahu jawapan sebenar, Daud boleh meminta pihak polis untuk membawa kekasihnya sebagai saksi. Pihak polis mula membuat pencarian tentang kekasih Daud.

Siapakah pembunuh Azali yang sebenar?

Telefilem Dosa Perempuan Di TV3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Dosa Perempuan Di TV3"