Drama One Million Dollar Voice - Sinopsis Dan Tayangan Di Astro Ria

Drama One Million Dollar Voice

Saksikan drama terbaru One Million Dollar Voice yang akan menemui penonton mulai 28 Ogos 2023 ini bagi menggantikan drama sebelumnya Budak Hostel Otaknya Sewel yang telah tamat siaran.

Anda boleh saksikan drama ini yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, pada jam 10.00 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria 104 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.

Drama siri 24 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi Juita Viden Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Michael Ang.

Pasti ramai yang ingatkan One Million Dollar Voice ini merupakan sebuah program realiti tv nyanyian sebab menggunakan muzik Akademi Fantasia, tetapi sebenarnya ianya adalah sebuah drama yang memaparkan disebalik tabir program 1MDV.

Info Drama

Episod : 24
Tayangan : Slot Megadrama di Astro Ria
Tarikh : Mulai 28 Ogos 2023 (Isnin - Khamis)
Masa : 10.00 Malam
Pengarah : Michael Ang
Produksi : Juita Viden Sdn. Bhd.

Drama One Million Dollar Voice

Barisan Pelakon & Watak Lakonan

Drama One Million Dollar Voice menampilkan barisan nama-nama pelakon popular Malaysia seperti Emma Maembong, Amelia Henderson, Ben Amir, Lah Ahmad, Roy Azman, Datin Nina Juren, Sean Lee dan Zarul Umbrella.

Selain itu, terdapat juga nama-nama lain seperti Naufal Azrin, Uriah SK, Neeta Manisha, Bee Aishah, Ezra Kairo, Tracie Sinidol, Lyla Sania, Zarina Zainoordin, Farid Amirul, Keanu Azman dan ramai lagi.

  • Amelia Henderson sebagai Zana
  • Lah Ahmad sebagai Joe
  • Emma Maembong sebagai TJ
  • Ben Amir sebagai Ali
  • Tracie Sinidol sebagai Aida
  • Ezra Kairo sebagai Prabu
  • Roy Azman sebagai Halim
  • Neeta Manis sebagai Daim
  • Layla Sania seabgai Bella
  • Uriah SK sebagai Felix
  • Keanu Azman sebagai Sajad
  • Datin Nina Juren sebagai Hasnah
  • Zarina Zainoordin sebagai Suraya

Sinopsis Drama One Million Dollar Voice

Drama One Million Dollar Voice mengisahkan tentang krew produksi serta para peserta sebuah pertandingan realiti yang suatu ketika dahulu tersohor tetapi kini kian corot di kalangan para penonton.

Disebabkan perkara tersebut serta tekanan yang diterima, penerbit TJ ingin menebus semula maruahnya serta rancangan terbitannya iaitu #1MDV walau apa jua sekalipun.

Siri rantaian ini turut memaparkan motif di sebalik setiap penyertaan peserta yang mendahagakan wang kemenangan program tersebut sebanyak USD 1 juta.

Antaranya Ali yang ingin melepaskan dirinya daripada genggaman gang lamanya untuk berkahwin dengan wanita pilihannya yang merupakan anak seorang anggota polis.

Manakala Zana ingin membebaskan dirinya daripada dibelenggu oleh kisah silamnya sebagai seorang pekerja seks dengan bertekad untuk memenangi wang tunai tersebut.

Joe Lah Ahmad perlu melangsaikan hutangnya demi menyelamatkan nyawa isteri dan anaknya. Begitulah kisah-kisah yang bakal menyulami naratif 'One Million Dollar Voice' kelak.

Secara keseluruhan, sebanyak sepuluh penyanyi amatur yang mempunyai misi yang sama iaitu memenangi hadiah utama program 1MDV untuk musim keempat iaitu sebanyak USD 1 juta.

Mereka akan melakukan apa sahaja untuk menyertai dan kekal dalam pertandingan tersebut. Mungkinkah musim ini merupaakn musim paling 'kotor' yang dipenuhi dengan elemen jenayah? 

Drama One Million Dollar Voice

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama One Million Dollar Voice - Sinopsis Dan Tayangan Di Astro Ria"