Filem Tebus Di Prime Video

Filem Tebus Di Prime Video

Saksikan filem Tebus yang kini ditayangkan secara online menerusi platform penstriman Prime Video mulai 31 Ogos 2023 (Khamis) sehingga seterusnya. Anda boleh langgan dengan harga RM25 untuk tempoh sebulan.

Filem Malaysia dengan genre yang diterbitkan oleh Vian Media ini merupakan arahan dan idea asal daripada Jason Chong dengan hasil tulisan Sky Khor.

Barisan Pelakon

Filem Tebus menampilkan barisan pelakon seperti Aedy Ashraf, Ahirine Ahirudin, Idan Aedan, Azhan Rani, Jay Iswazir, Ng Shu Mun, Samarinna Tolhip, Marisa Yasmin dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Aedy Ashraf sebagai Johan
  • Ahirine Ahirudin sebagai Ana
  • Idan Aedan sebagai Jalil
  • Azhan Rani sebagai Bakar
  • Jay Iswazir sebagai Mat Noor
  • Ng Shu Mun sebagai Eddy
  • Samarinna Tolhip sebagai Belladona
  • Marisa Yasmin sebagai Mariam

Sinopsis Filem Tebus

Filem Tebus mengisahkan tentang bodyguard atau pengawal keselamatan, Johan yang mengatur penculikan anak kepada pewaris barangan kemas SUCI demi untuk mendapatkan habuan duit daripada ayah tiri Ana iaitu Bakar.

Johan lakukan ini semata-mata bertujuan untuk dapatkan duit bagi mendapatkan jatung di pasaran gelap bagi membantu adiknya, Jalil untuk kembali sihat seperti sedia kala. Dia juga tidak mempunyai banyak masa untuk lakukan perkara sedemikian.

Tetapi segala perancangan untuk menculik dan minta wang tebusan tidak berhasil apabila Bakal tidak mahu membayarnya sesen pun selepas melakukan penculikan tersebut. Akhirnya ianya membawa perkara yang tidak disangka pada akhirnya.

Adakah Ana berjaya diselamatkan selepas diculik? Atau sebenarnya ada perancangan jahat yang diatur oleh Bakar dalam penculikan tersebut?

Filem Tebus Di Prime Video

Filem Tebus Di Prime Video

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Filem Tebus Di Prime Video"