Jadual Dan Keputusan Piala AFF B-23 Tahun 2023

Jadual Dan Keputusan Piala AFF B-23 Tahun 2023

Kejohanan Piala AFF Bawah-23 atau AFF U23 Championship 2023 akan bermula seperti yang dijadualkan iaitu dari 17 hingga 26 Ogos 2023 dimana akan berlangsung di 2 venue di bandar Rayong Thailand.

Pada tahun ini, ianya merupakan edisi yang k-5 dimana kali pertama diadakan pada tahun 2005 dan Thailand juga menjadi tuan rumah. Ianya melibatkan pasukan negara dengan pemain dibawah umur 23 tahun. Berbeza dengan Piala AFF Mitsubishi Electric dimana melibatkan skuad utama negara.

Jika berkaitan dengan kejohanan AFF, ianya melibatkan pasukan negara di rantau Asia Tenggara. Untuk edisi kali ini, hanya 10 pasukan yang mengambil bahagian. Hanya Singapura yang tidak menghantar pasukan kerana kecewa dengan keputusan di Sukan SEA baru-baru ini.

Jadi untuk edisi kali ini, pasukan yang bertanding telah dibahagikan dalam 3 kumpulan dan setiap darinya terdiri daripada 3 ke 4 pasukan. Terdapat tigak kumpulan iaitu Kumpulan A, B dan C. Malaysia telah diundi dalam kumpulan B bersama Indonesia dan Timor-Leste.

Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C
Thailand Timor-Leste Vietnam
Kemboja Malaysia Filipina
Brunei Indonesia Laos
Indonesia

Kejohanan akan bermula di peringkat kumpulan secara round-robin satu pusingan. Juara bagi setiap kumpulan bersama naib juara terbaik akan melayakkan diri ke pusingan separuh akhir dan seterusnya ke final.

Untuk rekod, Thailand, Vietnam dan Indonesia masing-masing pernah menjuarai kejohanan ini iaitu pada tahun 2005, 2022 dan 2019. Manakala pencapaian terbaik Malaysia adalah di kedudukan tempat keempat iaitu pada edisi pertama, 2005.

Kejohanan ini sama seperti Piala AFF utama dimana tiada dalam kalendar FIFA. Jadi pastinya tugasan sulit untuk setiap pasukan mendapatkan pemain terbaik bagi menggalas cabaran dalam kejohanan ini termasuk Malaysia.

Walaubagaimanapun, Malaysia telah mensasarkan untuk berjaya sampai ke final bagi kejohanan Piala AFF B-23 untuk tahun 2023. Ini bermakna, mereka perlu menjadi juara kumpulan atau naib juara kumpulan yang terbaik untuk melaykkan ke semi final.

Kemudian, mereka perlu menumpaskan lawan di peringkat kalah mati untuk capat sasaran ke pusingan akhir. Persediaan yang dibuat hanya beberapa hari sebelum kejohanan dan beberapa tonggak utama tiada dalam senarai. Adakah mereka mampu untuk capai sasaran tersebut?

Senarai Pemain Malaysia Dalam Piala AFF B-23

Berikut merupakan senarai 23 pemain yang dipilih oleh ketua jurulatih B-23 kebangsaa, E. Elavarasan bagi membawa cabaran skuad Harimau Muda pada Kejuaraan B-23 AFF 2023 di Rayong kali ini.

Senarai Pemain Malaysia Dalam Piala AFF B-23

Siaran Langsung Kejuaraan Piala AFF B-23 Tahun 2023 Di Rayong, Thailand

Peminat dan penonton bola sepak tempatan khususnya untuk pasukan Harimau Muda negara pastinya tidak sabar-sabar untuk menyaksikan aksi pemain bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik di atas padang nanti.

Walaubagaimanapun, setakat ini tiada pengumuman rasmi yang dikeluarkan bagi tayangan siaran langsung baik menerusi saluran Astro mahupuan RTM. Jadi orang ramai yang ingin menyaksikannya, kena cari sendiri link live streaming.

Kemaskini terbaru, penonton di tanah air, anda boleh saksikan aksi melibatkan pasukan Malaysia dalam kejohanan AFF U-23 Champions 2023 secara langsung yang akan dibawakan menerusi saluran Sukan RTM dan secara live streaming di RTM Klik.

Jadual Dan Keputusan Perlawanan Piala AFF-B23 Tahun 2023

Berikut merupakan jadual penuh bagi setiap pasukan yang berlangsung bermula daripada peringkat kumpulan hingga ke peringkat kalah mati di pusingan separuh akhir dan final termasuk melibatkan pasukan Malaysia.

Keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa iaitu selepas habis atau tamat perlawanan bagi tiap-tiap perlawanan. Masa adalah mengikut waktu Malaysia (MYT) dimana awal satu jam (+1) daripada Thailand.

17 Ogos 2023 (Khamis)

FT : Kemboja (5) - (0) Brunei - 5.00 pm
FT : Thailand (3) - (0) Myanmar - 9.00 pm

18 Ogos 2023 (Jumaat)

FT : Filipina (2) - (2) Laos - 5.00 pm
FT : Malaysia (2) - (1) Indonesia - 9.00 pm | Sukan RTM

19 Ogos 2023 (Sabtu)

FT : Myanmar (1) - (1) Kemboja - 5.00 pm
FT : Brunei (0) - (3) Thailand - 9.00 pm

20 Ogos 2023 (Ahad)

FT : Laos (1) - (4) Vietnam - 5.00 pm
FT : Indonesia (1) - (0) Timor-Leste - 9.00 pm

21 Ogos 2023 (Isnin)

FT : Thailand (2) - (0) Kemboja - 9.00 pm
FT : Brunei (1) - (4) Myanmar - 9.00 pm

22 Ogos 2023 (Selasa)

FT : Timor-Leste (1) - (3) Malaysia - 9.00 pm | Sukan RTM
FT : Vietnam (1) - (0) Filipina - 9.00 pm

24 Ogos 2023 (Khamis)

[Semi Final 1]
FT : Malaysia (1) - (4) Vietnam - 5.00 pm | TV Okey dan Sukan RTM

[Semi Final 2]
FT : Thailand (1) - (3) Indonesia - 9.00 pm

26 Ogos 2023 (Sabtu)

[Tempat ke-3]
FT : Malaysia (0) - (0) Thailand (Pen : 3-4) - 5.00 pm | TV Okey dan Sukan RTM

[Final]
FT : Vietnam (0) - (0) Indonesia (Pen : 6-5) - 9.00 pm | TV Okey dan Sukan RTM

--------------------------------------

Senarai Pemenang Piala AFF B32 Tahun 2023

Juara - Vietnam
Naib Juara - Indonesia
Tempat Ketiga - Thailand
Tempat Keempat - Malaysia

Kedudukan Pasukan Dalam Setiap Kumpulan

Kumpulan A P Menang Seri Kalah GD Mata
Thailand 3 3 0 0 8 9
Kemboja 3 1 1 1 3 4
Myanmar 3 1 1 1 0 4
Brunei 3 0 0 3 -11 0

Kumpulan B P Menang Seri Kalah GD Mata
Malaysia 2 2 0 0 3 6
Indonesia 2 1 0 1 0 3
Timor-Leste 2 0 0 2 -3 0

Kumpulan C P Menang Seri Kalah GD Mata
Vietnam 2 2 0 0 4 6
Filipina 2 0 1 1 -1 1
Laos 2 0 1 1 -3 1

*Thailand, Malaysia dan Vietnam juara kumpulan. Indonesia menjadi naib juara kumpulan terbaik

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Jadual Dan Keputusan Piala AFF B-23 Tahun 2023"