Siaran Langsung Live Malaysia vs India Final Piala Juara-Juara Asia 2023

Siaran Langsung Live Malaysia vs India Final Piala Juara-Juara Asia 2023

Kini sudah sampai ke penghujung apabila mempertemukan dua pasukan Malaysia vs India dalam Final Piala Juara-Juara Asia 2023 yang bakal berlangsung pada 12 Ogos 2023, hari Sabtu  bertempat di Chennai India.

Selepas mengharungi 5 perlawanan di peringkat kumpulan, kemudian mara ke pusingan separuh akhir di peringkat kalah mati, dua finalist sudah kita ketahui yang mana mereka akan berebut gelaran juara Piala Juara-Juara Asia untuk edisi 2023.

Malaysia Berjaya Mara Ke Final Buat Kali Pertama

Kejohanan ini membabitkan pasukan hoki dengan rangking dunia yang berada dalam top 6 untuk benua Asia dan Malaysia merupakan pasukan ketiga terbaik selepas pasukan India dan Korea masing-masing no. 4 dan no. 9 dunia. Manakala Malaysia di tangga ke-10 dunia.

Walaupun begitu, The Speedy Tigers berjaya mara buat kali pertama ke peringkat akhir untuk kejohanan ini selepas mencuba untuk beberapa edisi sebelum ini. Untuk rekod, pencapaian terbaik Malaysia adalah di tempat ke-3 sebanyak lima kali.

Pencapaian ini dicapai selepas menumbangkan Jepun, Pakistan, China dan Korea Selatan ketika aksi peringkat kumpulan. Meskipun tewas kepada India ketika itu, mereka masih berjaya layak dengan menduduki tempat kedua.

Kemudian di aksi semi final Asian Champions Trophy 2023 ini, Malaysia sekali lagi bertemu pasukan yang ditewaskannya sebelum ini iaitu Korea. Kali ini mereka tingkatkan lagi mutu permainan dengan membelasah Korea 6-2, sekali gus berjaya mara ke final.

Final Keempat Untuk Pasukan India

India antara pasukan hoki yang telah memenangi kejuaraan ini paling banyak bersama Pakistan iaitu 3 kali (2011, 2016 dan 2018). Ini merupakan final yang keempat untuk pasukan tersebut dan paling menarik bermain di halaman sendiri.

India juga satu-satunya pasukan yang belum pernah tewas sepanjangn kejohanan. Di peringkat kumpulan, mereka menang kesemua perlawanan kecuali seri dengan Jepun. Tetapi mereka balas balik di semi final bertemu dengan pasukan yang sama dengan jaringan 5-0.

Siaran Langsung Dan Live Streaming Final Malaysia vs India

Selain daripada perlawanan peringkat final Piala Juara-Juara Asia 2023 ini, terdapat juga satu lagi perlawanan iaitu bagi menentukan pemenang di tempat ketiga dan keempat antara Korea Selatan dan Jepun.

Perlawanan ini akan berlangsung pada tarikh dan hari yang sama iaitu 12 Ogos 2023, hari Sabtu iaitu pada jam 8.30 malam. Sesudah perlawanan tersebut, barulah dilangsungkan untuk perlawanan final Malaysia vs India.

Kedua-dua perlawanan ini akan dibawakan secara langsung di kaca tv anda iaitu menerusi saluran Astro Arena 2 804 atau anda boleh juga saksikan secara online di Astro Go secara percuma khusus untuk pengguna pek sukan.

Selain itu, jika anda tidak mempunyai akses Astro, anda boleh tonton secara live streaming menerusi aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan pek sukan dengan harga harga bermula RM34.90 sebulan tanpa kontrak.

Anda boleh juga tonton di website watch.hockey, tetapi perlukan sambungan VPN (guna sini).

Jadual Dan Keputusan Malaysia vs India Final Hoki Piala Juara-Juara Asia 2023

Selepas menonton perlawanan penentuan tempat ke-3, jangan lupa saksikan aksi Malaysia vs India dalam final Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2023 pada 12 Ogos ini, hari Rabu, jam 11.00 malam untuk waktu Malaysia.

Manakala keputusan pula hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada malam tersebut.

12 Ogos 2023 (Sabtu)

[Tempat Ke-3/4]

FT : Korea (3) - (5) Jepun

Waktu : 8.30 Malam
Tempat : Chennai India
Tayangan : Astro Arena 2 804
Live Streaming : Astro Go | Sooka

[Final]

FT : Malaysia (3) - (4) India

  • Jugraj Singh 9' (PC)
  • Azrai Aizad 14' (FG)
  • Razie Abd Rahim 18' (PC)
  • Aminuddin Mohd Zain 28' (PC)
  • Harmanpreet Singh 45' (PS)
  • Gurjant Singh 45' (FG)
  • Akashdeep Singh 56' (FG)

Waktu : 11.00 Malam
Tempat : Chennai India
Tayangan : Astro Arena 2 804
Live Streaming : Link 1 | Link 2

India dinobatkan juara Piala Juara-Juara Asia 2023. Malaysia muncul naib juara

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Malaysia vs India Final Piala Juara-Juara Asia 2023"