Telefilem Misteri Bilik Bawah Di TV9

Telefilem Misteri Bilik Bawah Di TV9

Saksikan telefilem Misteri Bilik Bawah yang akan menemui penonton semula pada 7 Ogos 2023, hari Isnin, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem yang asalnya ditayangkan di tv3 pada tahun 2020 ini merupakan terbitan syarikat produksi ZK Creative Productions Sdn. Bhd., diarahkan oleh Khairul Anuar dengan nukilan skrip daripada Rohaidah Haron.

OST Drama

Lagu : Sumpahan
Artis : Schanuril
Komposer : Aiyad Sakti & Luke Hakeem
Lirik: Aiyad Sakti

Sinopsis Telefilem Misteri Bilik Bawah

Telefilem Misteri Bilik Bawah menampilkan barisan pelakon seperti Nad Zainal, Zahiril Adzim, Dyna Mokhtar, Roy Azman, Nadia Mustafa, PU Rizz, Nisha dan ramai lagi.

  • Nad Zainal sebagai Zalika
  • Zahiril Adzim sebagai Arman

Ianya mengisahkan tentang Zalika yang sering bermimpi pelik-pelik dan ianya kerap dan berterusan. Disebabkan itu, dia mengesyaki bilik bawah yang berkunci dan dilarang daripada membukanya oleh ayah mentuanya itu mempunyai kaitan dengan gangguan yang dialami.

Manakala Arman tidak percaya dengan cerita Zalika sehingga berlakunya perselisihan faham antara mereka berdua. Selepas rahsia terbongkar ketika majlis tahlil dan doa selamat berlangsung, barulah Arman mempercayai segala kata-kata isterinya itu.

Telefilem Misteri Bilik Bawah Di TV9

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Misteri Bilik Bawah Di TV9"