Siaran Langsung Live Futsal JDT vs Pahang Rangers Final MPFL 2023

Siaran Langsung Live Futsal Pahang Rangers vs JDT Final MPFL 2023

Kini sudah tiba perlawanan kedua dan juga terakhir untuk final MPFL 2023 yang mana mempertemukan dua finalist futsal JDT vs Pahang Rangers pada 14 Ogos 2023, hari Isnin bertempat di Stadium Tertutup Pasir Gudang.

Untuk pusingan akhir Malaysia Premier Futstal League (MPFL) 2023 diadakan secara timbal balik dua perlawanan. Ini bermakna, perlawanan akan diadakan di dua lokasi iaitu di homeground JDT dan Pahang Rangers.

Untuk perlawanan pertama telahpun berlangsung pada 5 Ogos yang lalu iaitu di tempat Pahang Rangers di Kuantan. Kita telah menyaksikan bagaimana pasukan futsal tuan rumah telah memiliki bekalan selesa dengan kemenangan 7-3.

Kini aggregat tersebut akan dibawa ke Pasir Gudang bagi melangsaikan satu lagi perlawanan yang pastinya peluang masih terbuka untuk kedua-dua pasukan. Tetapi kelebihan masih ada pada pasukan pelawat dengan lebihan empat gol.

Pahang Rangers Berjaya Ke Final

Di pusingan separuh akhir, Pahang Rangers telah bertemu Selangor MAC yang mana juga diadakan secara timbal balik dua perlawanan. Kedua-duanya merupakan antara pasukan elit futsal terbesar di Malaysia.

Pada perlawanan pertama, Pahang Rangers menang tipis ketika bermain di Kuantan dengan jaringan 4-3. Di Shah Alam, kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 3-3 sekali gus membawa Pahang Rangers ke final dengan agregat 7-6.

JDT Menang Bergaya Menewaskan Lawan

Berbeza dengan persembahan yang ditonjolkan oleh pasukan futsal JDT. Walaupun pada perlawanan pertama mereka bermain di tempat lawan, tetapi mereka berjaya menghasilkan 7 gol berbalas 5.

Kemudian di Pasir Gudang, sekali lagi mereka tidak memberikan peluang untuk pasukan lawan apabila dibelasah lagi 8-3 dengan agregat keseluruhan 15 berbalas 8.

Bukan itu sahaja, JDT satu-satunya pasukan futsal yang telah menjaringkan lebih 100 gol pada musim 2023 berbanding pasukan-pasukan lain.

Dapatkan Tiket Masuk

Jadi untuk penyokong tuan rumah sudah pastinya ini tempat mereka, jadi datang beramai-ramai ke stadium bagi menyaksikan perlawanan terakhir final melibatkan pasukan anda.

Datang beramai-ramai bagi memberikan sokongan dan dapatkan tiket sekarang yang kini sudah mula dijual secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau dapatkan tiket fizikal yang dijual di perkarangan stadium.

Jadual Dan Siaran Langsung Final MPFL 2023 JDT vs Pahang Rangers

Berbeza dengan perlawanan pertama dimana kali ini akan dibawakan secara langsung untuk tontonan semua di rumah iaitu menerusi saluran Astro Arena 801 atau secara online di Astro Go.

Untuk anda yang tidak mempunyai akses astro, anda boleh tonton secara live streaming menerusi platform web dan aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan pek sukan dengan harga bermula RM34.90 sebulan.

Jadi jangan terlepas untuk saksikan perlawanan kedua dan terakhir bagi Final MPFL 2023 antara JDT vs Pahang Rangers pada 13 Ogos ini, hari Isnin jam 8.45 malam.

5 Ogos 2023 (Sabtu)

FT : Pahang Rangers (7) - (3) JDT

  • Awalluddin Mat Nawi 7', 35'
  • Harith Na'im Nasir 9', 28', 28', 38'
  • Sufri Shamil 10'
  • Abu Haniffa Hasan 16'
  • Sergio Jamur 18' 23'

Masa : 8.30 Malam
Tempat : Stadium Tertutup SUKPA
Tayangan : - Tiada -
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Jadual Dan Siaran Langsung Final Kedua MPFL 2023 JDT vs Pahang Rangers

Berikut merupakan jadual dan keputusan bagi final kedua MPFL 2023 antara JDT vs Pahang Rangers.

14 Ogos 2023 (Isnin)

FT : JDT (3) - (2) Pahang Rangers (Agg: 6-9)

  • Saad Sani 3'
  • Awalluddin Mat Nawi 12' 
  • Sergio Jamur 16' 19'
  • Danial Dain 30' 

Masa : 8.45 Malam
Tempat : Stadium Tertutup Pasir Gudang
Tayangan : Astro Arena 801
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Pahang Rangers dinobatkan sebagai juara MPFL 2023 selepas menang dengan agregat 9-6. JDT naib juara.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Futsal JDT vs Pahang Rangers Final MPFL 2023"