Zus Coffee Bagi Malaysia Percuma Untuk Setiap Pembelian Siri Tarik

Zus Coffee Bagi Malaysia Percuma Untuk Setiap Pembelian Siri Tarik

Sempena bulan Kemerdekaan dengan semangat Malaysia yang ada, ZUS Coffee akan bagi stiker Buatan Malaysia secara percuma apabila anda beli mana-mana siri minuman terbaru, Tarik.

Anda beli sama ada Kopi Teh Tarik sejuk/panas atau Teh Tarikh sejuk/panas dan sekali gus layak untuk dapatkan sekeping stiker yang comel eksklusif daripada ZUS Coffee.

Promosi ini berlangsung dari 7 hingga 13 Ogos 2023 sahaja dan tersedia untuk pembelian di kaunter atau buat pesanan penghantaran melalui aplikasi ZUS. Dua-dua boleh dapatk stiker ini.

Aku perasan, ZUS Coffee adan keluarkan siri minuman terbaru, jadi aku nak cuba lah salah satunya dan aku pun perasan, dia akan bagi stiker percuma dengan setiap pembelian.

Jadi aku buatlah pesanan untuk pick-up melalui ZUS Apps. Sebelum buat bayaran tersebut, telah dipaparkan akan menerima satu Stiker Buatan Malaysia secara percuma.

Apa lagi, aku order lah Kopi Teh Tarik dan dapat sekeping stiker.

Stiker Buatan Malaysia

Secara keseluruhan, saiz lebih kurang A5 dimana terdapat 13 reka bentuk yang stiker yang berlainan. Of coz ada stiker logo ZUS Coffee, gambar KLCC, cawan kopi, trademark Made In Malaysia, bunga raya, Yum Chaa, tulisan Buatan Malaysia dan banyak lagi.

Zus Coffee Bagi Malaysia Percuma Untuk Setiap Pembelian Siri Tarik

Selain daripada tulisan bahasa melayu, ada juga tulisah cina dan india beserta tulisan jawi yang pastinya melambangkan sebuah negara Malaysia.

Disini : Dapatkan Pelbagai Marchandise ZUS Coffee

Nampak kualiti, design minimalis tetapi cantik. Boleh la nak tampal di mana-mana bahagian yang bersesuai. Boleh tampal di almari, meja, buku, bekas pensil, laptop dan sebagainya.

Review Minuman Baru Kopi Teh Tarik

Stiker tersebut tidak dijual berasingan, sebaliknya perlu beli mana-mana siri Tarik dan akan dapat percuma. Jadi aku order Kopi Teh Tarik sejuk satu dengan harga RM10.90. Dapat kopi + stiker.

Kopi Teh Tarik merupakan campuran teh dan kopi vietnam beserta krim yang diletakkan pada bahagian atas. Rasa kopi lebih kuat berbanding teh dan tidak terlalu manis. Biasa dan bukanlah terlalu premium.

Zus Coffee Bagi Percuma Stiker Malaysia Bagi Setiap Pembelian Siri Tarik

Nak cakap berbaloi, ok je. Kopi ZUS yang digunakan pun sedap. Tambahan pula, dengan harga tersebut, dapat juga stiker secara percuma.

Recommended untuk siri Tarik yang baru daripada ZUS Coffee disamping hadiah percuma berupa stiker yang diberi sangat baik terutamanya menggalakkan semangat Malaysia sempena bulan Kemerdekaan.

Apa lagi, beli sekarang sebelum stok habis. Ianya terhad tau. Kalau dah habis, tiada dah lepas ni. Tak boleh kumpulan marchandise ZUS dah lepas ni.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Zus Coffee Bagi Malaysia Percuma Untuk Setiap Pembelian Siri Tarik"