Anda Kini Boleh Strim Guardian Of The Galaxy Vol 3 Di Disney+ Hotstar

Anda Kini Boleh Strim Guardian Of The Galaxy Vol 3 Di Disney+ Hotstar

Berita baik kepada peminat filem terutamanya filem-filem MCU apabila Guardian Of The Galaxy Vol. 3 kini boleh mula di strim di Disney+ Hotstar mulai 2 Ogos 2023.

Filem tersebut mula ditayangkan di pawagam pada mulanya pada Mei yang lalu dan sejak daripada itu, ianya menjadi bualan ramai dengan feedback yang positif.

Bukan itu sahaja, filem ini juga menjadi antara yang menerima kutipan tertinggi untuk filem MCU bagi tahun 2023 iaitu sehingga USD 800 juta untuk kutipan seluruh dunia.

Guardian Of The Galaxy Vol. 3 merupakan trilofi Guardian Of The Galaxy yang mana mengisahkan tentang sepasukan pelindung galaksi yang diketuai oleh Peter Quill bersama ahlinya iaitu Drax, Groot, Rocket, Mantis dan Nebula.

Kisahnya bermula apabila Adam Warlock datang menyerang Knowhere bagi mendapatkan Rocket. Dalam pergelutan tersebut, Rocket telah diserang dan ditembak sehingga hampir mati. Jadi satu cara untuk menyelamatkannya adalah jumpa dengan pencipta Rocket yang terdiri dariapda The High Evolutionary.

Jadi bermulalah kisah Peter Quill dan rakan-rakan merentas galaksi demi mencari lokasi The High Evolutionary demi menyelamatkan kawan baik mereka tersebut. Pelbagai halangan yang terpaksa ditempuhi demi orang yang tersayang.

Filem ini masih menampilkan barisan pelakon yang sama untuk ketiga-tiga filem seperti Chriss Pratt, Dave Bautista, Karen Gillan, Pom Klementieff dan pelakon alih suara daripada Vin Diesel dan Bradley.

Jangan lupa untuk strim Guardian Of The Galaxu Vol. 3 di Disney+ Hotstar mulai selasa ini. Langgan sekarang dengan harga RM54.90 untuk tempoh 3 bulan di www.hotstar.com

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Anda Kini Boleh Strim Guardian Of The Galaxy Vol 3 Di Disney+ Hotstar"