Saksikan telefilem Gergasi yang akan menemui penonton pada 21 Ogos 2023, bersiaran pada hari Isnin, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.
Telefilem yang ditayangkan sempena bulan Kemerdekaan ini merupakan terbitan syarikat produksi Matahari Emas Sdn. Bhd. dan merupakan idea asal dan arahan daripada Nizam Nolan serta nukilan skrip oleh Wen Emmalin
Sinopsis Telefilem Gergasi
Telefilem Gergasi menampilkan barisan pelakon seperti Afiq Muiz, Zaidi Omar, Risteena Munim, Annie Mosha, Fad Anuar, Chuo Jasni, Zaidi Omar dan ramai lagi.
- Afiq Muiz sebagai Ajak
- Risteena Munim sebagai Aishah
- Annie Mosha sebagai Zainun
- Fad Anuar sebgai Ismail
- CJ sebagai Shanty
Ianya mengisahkan tentang seorang anak muda bernama Ajak yang mempunyai sebuah kedai menjahit pakaian. Pada suatu hari, dia menerima tempahan untuk menjahit sebuah bendera Malaysia bersaiz gergasi.
Sejak daripada itulah, dia mengharungi pelbagai masalah ketika dia cuba untuk menyiapkan tugasan tersebut demi menghasilkan sebuah bendera Jalur Gemilang kebanggaanya tersebut.
Post a Comment